Sunday, December 8, 2019

DARI PARAPAT KE PULAU SARMOSIR


Tarikh: 28hb November, 2019


Salam hormat,

Sarapan di hotel, secara buffet.

Bertolak ke jeti perlabuhan Ajibata untuk ke pulau Sarmosir. Dari pelabuhan ke pulau Sarmosir memakan masa 30 minit dengan menaiki mini feri.







Kami disembark di jeti khas untuk para pelancung. Kami terus dibawa ketempat pelancungan dimana terletaknya kebudayaan suku kaum Batak. Di lorong ke destinasi, seperti satu arked dan kira-kira 200 meter panjangnya, dipamirkan pelbagai barangan kraftangan tradisional Batak, bahan ukiran, kain tenunan Batak, rumah kediaman, dan sebuah museum Batak. Makam salah seorang daripada tiga raja juga terletak disini.





                                                             Museum Batak

Majoriti suku kaum Batak disini menganut ugama Kristian. Kelihatan beberapa gereja di sekitaran jeti pelancungan. Di antara kedai-kedai di sekitaran jeti, terdapat sebuah kedai yang menjual beras, termasuk beras perang tempatan. Beras perang tempatan dijual dengan harga Rph 18,000/segantang.

Menurut pemadu pelancung kami, hasil utama pulau Samosir ialah padi, kopi, lada hitam, pala dan perikanan. Pulau ini yang wujud hasil luahan gunung berapi yang akhirnya membeku menjadi pulau. Semestinya tanah di pulau ini amat subur.


Sempat saya perhatikan diudara kelihatan beberapa ekor burung walit atau seriti beterbangan, kerana saya tidak bersedia untuk membuktikannya dengan ujian suara.

Sekembalinya ke Parapat, kami makan tengah hari di salah sebuah kedai makan Minang yang menghidangkan hidangan nasi padang.

Sekian..akan bersambung..


Dr Azizol Bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Friday, December 6, 2019

BANDARA KUALA NAMU KE PARAPAT

Salam hormat,

Tarikh: 27hb November, 2019

Tiba di bandar udara (bandara dalam bahasa Indonesianya) Kuala Nama kira jam 10.20 pagi waktu Malaysia.Di luar dewan ketibaan, kami ditunggu oleh bapak Salman, seorang ejen FELDA Travel di sini. Kami terus ke Parapat dengan menaiki Toyota Innova yang dipandu beliau. Peringkat mula melalui jalan bertol kemudian jalan biasa. Singah makan tengah hari di pekan Tebing Tinggi.






Dari Tebing Tinggi, perjalanan seterusnya memakan masa sejam lagi untuk sampai ke Parapat. Pekan Tebing Tinggi terkenal dengan lemangnya. Kelihatan di tepi-tepi jalan penguasa menjual lemang di bawah gerai-gerai kecil. Sama seperti lemang di Malaysia juga.

Daripada Bandara Kuala Namu, di sepanjang perjalanan kelihatan sawah yang terbentang luas, perladangan kelapa sawit dan getah. Ini adalah merupakan bidangusaha utama di sepanjang perjalanan tersebut. Daripada Tebing Tinggi jalan agak sempit dan apabila mula mendaki diperhatikan jalan agak bengkang bengkok.



Sekarang masuk ke musim panas. Dari sudut buahan pula adalah musim durian, terutamanya di pertengahan Disember nanti.

Di sepanjang perjalanan juga selain daripada masjid, banyak juga gereja kristian kelihatan.


BIDANGUSAHA PETERNAKAN BURUNG WALIT

1. Diperhatikan beberapa RBW di bandar-bandar yang dilalui,
2. Di kawasan persawahan juga kelihatan beberapa buah rumah burung walit,
3. Diudara tiada kelihatan burung walit terbang, saya perhati di beberapa lokasi disepanjang perjalanan ini.


Hotel Niagara

Kami ditempatkan di Niagara Hotel untuk bermalam. Katanya hotel terhebat di Parapat dan bertaraf 5 bintang. Terletak di atas bukit yang tinggi menghadap ke Tasik/Danau Toba. Permandangan ke arah tasik memang indah dan melegakan fikiran.




Kami disediakan sebuah bilik, dua katil, yang agak luas di tingkat dua bangunan utama hotel. Dari verandah bilik, saya dapat melihat beberpa pokok kurma dan ada beberapa pokok yang berbuah lebat. Mengikut pekerja hotel, itu bukan pokok kurma tetapi pokok Kenari. Tiada siapa yang tahu dengan tepat rupanya.



Menghadap ke main lobby juga kelihatan banyak bill board ucap selamat. Paparan-paparan ini dimiliki oleh kumpulan yang sedang menggunakan hotel ini bagi tujuan persidangan atau perjumpaan mereka atau pun bagi mereka yang mengadakan sesuatu majelis. Paparan ini akan berada dilokasi ini sehingga mereka tamat program.




Di dalam bilik ada beberapa soket letrik yang sama saperti di Malaysia. Ini memudahkan kami untuk charge telefon bimbit. Saya memang ada membawa satu soket mudahalih yang boleh digunakan untuk menyambung bekalan letrik Indonesia.

Cuaca di sini agak dingin, terutamanya di sebelah malam dan awal pagi. Pada hemat saya serupa dengan keadaan cuaca di Bukit Fraser. Makan malam dan sarapan pagi disediakan di hotel ini.

Di dalam penulisan berikutnya saya akan menceritakan perjalanan dari Parapat ke Pulau Sarmosir dan terus ke Simarjarunjung dan Brastagi...


Sekian,



Dr Azizol Bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Thursday, November 7, 2019

BUKIT FRASER 2019 NOVEMBER 02HB


Salam hormat,


Terakhir saya naik ke Bukit Fraser kira-kira 25 tahun yang silam.

Seingat saya, terakhir saya ke sini kira-kira 25 tahun yang silam. Pada ketika itu hanya satu jalan sahaja untuk naik ke puncak Bukit Fraser ini. Jadi kalau nak naik ketika itu kenalah tunggu giliran. Untuk naik telah ditetapkan waktu ganjil. Misalnya jam 5, 7, 9 dan sebagainya. Waktu genap untuk mereka berkereta turun ke GAP pula.

Susah juga nak ingat jadual ini. Ada kawan beri satu idea masa itu macamana nak ingat jadual ni. Ingat minuman 7UP katanya. Sampai ke hari ini saya ingat.

Sekarang sudah ada dua laluan berasingan untuk turun dan naik.

Sekarang sudah ada dua lalun yang berasingan. Jalan yang dahulu digunakan untuk kereta naik daripada GAP dan jalan yang lagi satu hanya untuk turun sahaja. Jalan ini agak lebih jauh sedikit tetapi ok. Jadi senanglah sekarang dan tak perlu lagi menunggu giliran untuk turun atau pun naik ke Bukit Frasers.

Tahap kedinginan masih sama.

Tidak ketara perubahan landscape atau hutan yang terdapat di atas bukit peranginan ini. Seingat saya hampir sama dengan keadaan kira-kira 25 tahun yang silam. Diawal pagi, kira jam 8.30 pagi, bacaan suhu di pintu lobby hotel Shahzan Inn menunjukkan 20 darjah selsius. Masih dingin.




Aras ketinggian dari paras laut tidak diperlihatkan.

Saya cuba mencari satu mercu tanda yang menunjukkan ketinggian puncak bukit ini. Nak bergambarlah kononnya, tetapi tidak kelihatan. Kalau diikutkan banjaran pergunungan ini, ia terletak dipertengahan Genting dan Cameron Highlands. Anggaran saya sekitaran 2,000 meter agaknya.


Sinario pemandangan yang tidak banyak berubah

Pemerhatian saya Bukit Frasers tidak banyak berubah. Berikut beberapa gambar yang menampakkan gambaran berkenaan.








Kegiatan pelancongan.

Selain dari cuaca yang nyaman, Bukit Frasers merupakan tempat melihat burung-burung, bagi mereka yang mempunyai minat bird watching. Mereka yang berminat untuk bermain golf, tersedia kelab golf Bukit Frasers. Sukan menungang kuda juga ada. Disekitaran bukit ini terdapat beberapa lokasi air terjun dan lalun tracking ke dalam hutan.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

Tuesday, October 29, 2019

LANGKAH DAN AKTIVITI SOKONGAN LAIN DALAM MENGAWAL DIABETES


Salam hormat,


Dalam siri yang ke tigga ini saya akan berkongsi mengenai aktiviti dan lain-lain langkah/strategi yang saya turut ambil/lakukan di sepanjang usaha saya untuk menurunkan serta menstabilkan kandungan gula di dalam darah.


Strategi dan langkah-langkah utama

Selain daripada mengamalkan meminum  dua kuib lemon paste di setiap pagi, saya turut mengamalkan perkara-perkara berikut:-

1. Berpuasa,
2. Kurangkan memakan karbohidrat (carbohydrate),
3. Aktifkan tubuh badan setiap hari,
4. Memakan sedikit makanan tambahan (Supplements),



Berpuasa

Berpuasa disini bukanlah sama seperti kita berpuasa di bulan ramadhan. Amnya, hanya berpuasa terhadap karbohidrat atau apa sahaja bahan makanan yang boleh meransang penghasilan hormon insulin ke dalam darah. Dalam tempoh berpuasa ini, meminum air teh, kopi kosong atau air suam tiada masaalah.

Dalam bahasa teknikalnya, para profesional menyebut intermitent fasting. Misalnya, dalam sehari (24 jam) kita disaran puasa selama 18 jam dan jendela waktu makan kita adalah dalam tempoh 6 jam berikutnya.

Asas intermittent fasting ini adalah seperti berikut:-
1. Akhir makan malam kira jam 9 malam,
2. Apabila kita tidur dan tidak makan sehingga jam 9 pagi keesokkan harinya, kita sudah berpuasa selama 12 jam. Ditambah 6 jam lagi, maka pada jam 3 petang genaplah kita puasa 18 jam.
3. Mula makan tengah hari kira jam 3 petang.
4. Makan sekali lagi pada jam 8.30 malam.


Sebenarnya yang saya buat: Saya tidaklah mengikut dengan tepat falsafah intermitent fasting ini, ada ketikanya dapat saya lakukan. Apa yang penting bagi saya ialah mengurangkan memakan karbohidrat, lagi lama saya puasa karbihidrat setiap hari, lebih baik.

Jika saya terasa lapar dalam tempoh puasa ini, saya akan makan makanan yang lebih banyak protin di dalamnya. Saya tidaklah pula mengamalkan memakan mengikut resepi ketone diet. Misalnya, jika saya lapar di tengah malam, telor dan air susu low-fat adalah merupakan makanan yang saya makan.


Mengurangkan memakan karbohidrat

Ini adalah merupakan strategi yang paling penting buat saya.

Terutama yang penting saya kurangkan ialah memakan nasi putih. Portion size saya menjadi setengah sahaja. Kadangkala bila saya makan di kedai ada yang bertanya kepada saya “kenapa Pak Cik makan sedikit sangat”. Tabiat ini bagi memastikan glycemic load makanan saya dalam sehari tidak tinggi dan stabil.

Jenis karbohidrat ini juga saya perhatikan. Saya berusaha mengelakkan daripada makanan karbohidrat yang mempunyai bacaan GI (Glicemic index) melebehi 55. Roti yang saya makan mempunyai bacaan GI 55. Gula yang saya gunakan juga adalah gula perang yang mempunyai bacaan GI yang rendah. Saya pastikan air saya minum tidak manis asalkan terasa gulanya. Jika saya meminum tea panas di kedai mamak, misalnya, saya tidak kacau habis susu di dalam minuman tersebut. Saya tidak makan biskut-biskut manis lain, di mana terdapat kandungan gula yang terselindung yang agak tinggi di dalamnya.


                                       Roti yang bacaan GI 55

Gula Perang


Saya beranggapan semua makanan yang berasaskan pulut ( lemang, pulut kuning atau putih dan tapai ) mempunyai GI yang amat tinggi. Pernah saya uji, setelah memakan pulut dengan gulai ikan, selepas 2 jam saya dapati bacaan gula di dalam darah saya melonjak ke 26 mm/L. Bahaya sekali pulut buat saya.

Kentang ( kentang goreng, wedges, fries dan gulai kentang ) juga mempunyai GI yang tinggi. Jadi saya elakkan memakannya.


Aktifkan tubuh badan setiap hari


Aktiviti fizikal secara harian juga bagi saya amat penting bagi meningkatkan sensitiviti sel-sel dalam badan kita untuk menyerap dan menggunakan gula yang terdapat di dalam darah.

Bagi tujuan ini saya, di pagi hari, berjalan kaki selama 45 minit ke satu jam. Setakat hari ini saya lakukan berjalan kaki ini setiap hari, kecuali saya ada keadaan yang menghalang. Apabila berjalan kaki selama sejam saya telah merekodkan kira-kira 6,200 langkah. Sasaran saya dalam sehari ialah 10,000 langkah atau lebih. Saya membudayakan, jika saya ke bandar atau kelain lokasi, saya akan letak kereta di satu tempat dan berjalan kaki ke semua destinasi yang hendak dituju. Beginilah cara saya untuk meningkatkan aktiviti jasmani saya setiap hari dan masa. Jika saya boleh, anda pun boleh.


                                   Sasaran langkah sehari melebihi 10,000


Memakan sedikit makanan tambahan (Supplements)


Kerana usia yang telah meningkat, saya yakin kadar penghadaman dan penyerapan zat ke dalam tubuh turut menurun. Kekurangan memakan sayuran hijau dan buahan juga boleh menyumbang kepada kekurangan zat dan nutrisi. Oleh itu saya juga mengamalkan memakan beberapa makanan tambahan.

Di antara makanan tambahan yang saya amalkan termasuklah:-

1. Multivitamin & Minerals,
2. Minyak ikan,
3. Minyak zaitun,
4. Garlic pills,
5. Alpha Lipoic Acids, dan
6. Q-10 (kadang-kadang).

Saya juga kerap meminum susu low-fat, dan kadang kala saya meminum tea-halia.

Demikianlah serba ringkas tiga siri penulisan pengalaman saya berkaitan usaha saya mengawal dan menurunkan kandungan gula di dalam darah saya sehingga kini.

Anggaplah penulisan–penulisan ini sebagai panduan pengalaman sahaja. Jika anda ingin mencubanya, saya cadangkan supaya anda mencari lebih banyak ilmu yang berkaitan dan pantau kandungan gula anda dari masa ke semasa. Tidak pasti, sila bertanya.


Terima Kasih



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).


Sunday, October 27, 2019

CARA MEMBUAT KIUB LEMON PASTE


Salam hormat,

Dalam siri ke dua ini saya akan menerangkan bagaimana saya menyediakan kiub lemon paste.


Guna whole lemon

Mungkin ramai yang menjangkan, ambil buah lemon di potong dua dan kemudian diperah airnya. Kita terus meminum air tersebut yang dicampur dengan air suam. Saya sudah cuba cara ini, tetapi tidak berkesan tehadap penurunan kandungan gula di dalam darah.

Rami juga di antara kita yang mungkin tidak sedar bahawa didalam kulit lemon sebenarnya mengandungi khasiat/nutrisi yang lebih banyak daripada jusnya.



                                     Buang bucu lemon


Lemon dibersih dan dipotong kecil

Cuci bersih keseluruhan lemon. Saya cadang guna dua biji lemon untuk sekali proses. Setelah dipotong ke dua bahagian hujung buah, lemon dipotong-potong kecil. Jangan buang biji lemon tersebut. Kemudian dimasukkan kesemuanya ke dalam blender. Campur dengan kira-kira 100 ml air masak yang telah disejukkan. Blender sehingga hancur/lumat.


                                   Lemon dipoting kecil




Tuang paste ke dalam ice-tray dan bekukan

Pengalaman saya, jika kita guna dua biji lemon, kita akan dapat mengisi 2 ice-tray secukupnya. Kemudian masukkan ke dalam freezer dan biarkan semalaman. Paste ini akan menjadi keras seperti ice cubes.


                                    Tuangkan lemon paste ke dalam ice-tray


                                    Bekukan di dalam Freezer semalaman


                                   Lemon paste cube sedia untuk digunakan


Paste cube ini seterusnya sudah boleh digunakan.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Friday, October 25, 2019

AMALAM MEMINUM LEMON PASTE MEMBANTU KAWAL DAN STABILKAN GULA DALAM DARAH

Salam hormat,

Di dalam beberapa siri penulisan ini saya akan berkongsi pengalaman mengenai perkara ini.

Sejarah

Saya telah dikenalpasti pada tahun 80han sebagai salah seorang yang telah berada di dalam keadaan diabetic. Ketika itu saya berumur dalam lingkungan 40han. Pada masa yang sama saya berubat dengan seorang doktor pakar di Klinik Pakar Tawakal Kuala Lumpur.

Doktor pakar saya hanya berikan saya satu ubat yang dinamakan gilbernclamyde (DAONIL), untuk di makan satu tablet (5mg) sekali dalam sehari. Di sepanjang saya berubat dengan doktor pakar ini itulah ubat yang saya makan, sehinggalah sekarang (2019). Sepanjang saya memakan ubat ini bacaan gula saya tidak pernah turun ke paras bawah daripada 7mm/L.





Terus cari ilmu berkaitan dan testimoni di internet.

Pada awal tahun 2019, saya buat keputusan akan terus mencari kaedah bagaiman kandungan gula ini boleh diturunkan dan terkawal. Banyak penulisan ilmiah, hasil penyelidekan pakar-pakar dan juga video yang telah saya baca dan tontoni. Sehinggalah pada bulan April 2019, saya bertemu dengan satau testimoni video u-tube yang memberitahu pengalaman beliau, seorang wanita Amerika Syarikat, di mana beliau telah mampu menurunkan kandungan gula di dalam darahnya dengan mengamalkan meminum sedikit lemon paste setiap pagi. Dalam siri berikutnya nanti saya akan ceritakan bagaiman kami buat lemon paste ini.

Amalan meminum 2 kiub lemon paste setiap pagi

Di awal percubaan ini, saya telah mengambil bacaan gula di dalam darah. Apa yang saya buat ialah, saya cairkan dua kiub lemon paste ke dalam segelas air suam. Setelah di kacau sehingga cair, saya minum air tersebut sehingga habis. Saya minum air ini semasa perut masih kosong. Maknanya inilah air minuman yang pertama saya minum di sebelah pagi, setengah jam kemudian baru saya bersarapan.

Saya mula amalkan meminum lemon paste ini setiap pagi, pada 14hb May, 2019 lalu.

Penurunan bacaan gula mula kelihatan setelah mengamalkannya selama dua minggu.

Pengalaman saya mendapati bacaan gula di dalam darah saya telah mula menurun selepas saya mengamalkannya selama 2 minggu. Saya lakukan saringan gula di dalam darah setiap minggu setelah memulakan amalan ini. Jika anda yang cuba mengamalkannya dan tiada kelihatan kesan selepas dua minggu jangan berhenti. Teruskan sehingga berjaya. In sha Allah.

Gambaran kesan ke atas bacaan gula dalam darah saya.

Berikut saya serta gambar yang menunjukkan penurunan kandungan gula tersebut. Untuk makluman anda semua bacaan gula ini di lakukan pada jam yang hampir sama pada hari-hari berkaitan apabila membuat saringan/bacaan.





Sekian, selamat mencuba.



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).