Friday, December 6, 2019

BANDARA KUALA NAMU KE PARAPAT

Salam hormat,

Tarikh: 27hb November, 2019

Tiba di bandar udara (bandara dalam bahasa Indonesianya) Kuala Nama kira jam 10.20 pagi waktu Malaysia.Di luar dewan ketibaan, kami ditunggu oleh bapak Salman, seorang ejen FELDA Travel di sini. Kami terus ke Parapat dengan menaiki Toyota Innova yang dipandu beliau. Peringkat mula melalui jalan bertol kemudian jalan biasa. Singah makan tengah hari di pekan Tebing Tinggi.






Dari Tebing Tinggi, perjalanan seterusnya memakan masa sejam lagi untuk sampai ke Parapat. Pekan Tebing Tinggi terkenal dengan lemangnya. Kelihatan di tepi-tepi jalan penguasa menjual lemang di bawah gerai-gerai kecil. Sama seperti lemang di Malaysia juga.

Daripada Bandara Kuala Namu, di sepanjang perjalanan kelihatan sawah yang terbentang luas, perladangan kelapa sawit dan getah. Ini adalah merupakan bidangusaha utama di sepanjang perjalanan tersebut. Daripada Tebing Tinggi jalan agak sempit dan apabila mula mendaki diperhatikan jalan agak bengkang bengkok.



Sekarang masuk ke musim panas. Dari sudut buahan pula adalah musim durian, terutamanya di pertengahan Disember nanti.

Di sepanjang perjalanan juga selain daripada masjid, banyak juga gereja kristian kelihatan.


BIDANGUSAHA PETERNAKAN BURUNG WALIT

1. Diperhatikan beberapa RBW di bandar-bandar yang dilalui,
2. Di kawasan persawahan juga kelihatan beberapa buah rumah burung walit,
3. Diudara tiada kelihatan burung walit terbang, saya perhati di beberapa lokasi disepanjang perjalanan ini.


Hotel Niagara

Kami ditempatkan di Niagara Hotel untuk bermalam. Katanya hotel terhebat di Parapat dan bertaraf 5 bintang. Terletak di atas bukit yang tinggi menghadap ke Tasik/Danau Toba. Permandangan ke arah tasik memang indah dan melegakan fikiran.




Kami disediakan sebuah bilik, dua katil, yang agak luas di tingkat dua bangunan utama hotel. Dari verandah bilik, saya dapat melihat beberpa pokok kurma dan ada beberapa pokok yang berbuah lebat. Mengikut pekerja hotel, itu bukan pokok kurma tetapi pokok Kenari. Tiada siapa yang tahu dengan tepat rupanya.



Menghadap ke main lobby juga kelihatan banyak bill board ucap selamat. Paparan-paparan ini dimiliki oleh kumpulan yang sedang menggunakan hotel ini bagi tujuan persidangan atau perjumpaan mereka atau pun bagi mereka yang mengadakan sesuatu majelis. Paparan ini akan berada dilokasi ini sehingga mereka tamat program.




Di dalam bilik ada beberapa soket letrik yang sama saperti di Malaysia. Ini memudahkan kami untuk charge telefon bimbit. Saya memang ada membawa satu soket mudahalih yang boleh digunakan untuk menyambung bekalan letrik Indonesia.

Cuaca di sini agak dingin, terutamanya di sebelah malam dan awal pagi. Pada hemat saya serupa dengan keadaan cuaca di Bukit Fraser. Makan malam dan sarapan pagi disediakan di hotel ini.

Di dalam penulisan berikutnya saya akan menceritakan perjalanan dari Parapat ke Pulau Sarmosir dan terus ke Simarjarunjung dan Brastagi...


Sekian,



Dr Azizol Bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

No comments:

Post a Comment