Friday, March 16, 2018

AGROPOLITAN LEPAR PAHANG DARUL MAKMUR

Salam hormat,

Saya berkesempatan melawat premis Agropolitan Lepar pada 27.02.18. Saya telah diberikan taklimat ringkas oleh Tuan Pengurus Projek, iaitu Tuan Hj Yusof. Lawatan ke beberapa kandang kambing juga dibuat. Terima Kasih di atas kesempatan yang telah diberikan kepada saya.

Daripada lawatan ringkas ini, saya perhatikan projek ini boleh menambah satu lagi punca pendapatan dengan melaksanakan satu projek Agropelancungan. Berikut adalah asas kepada cadangan berkenaan:-


  1. Terdapat anak-anak kambing dopper yang sehat dan cantik,
  2. Kegiatan memotong bulu kambing adalah sebahagian daripada aktiviti routine di ladang,
  3. Pelancungan dalaman yang senantiasa berlaku, khususnya di musim cuti sekolah.
  4. Tapak dan bangunan telah sedia ada, di sebelah kiri jalan masuk ke Agropolitan Lepar. Kedudukan tapak yang strategik, bersebelahan jalan utama Muadzam ke Kuantan dan ke Lebuh Raya Pantai Timur.
  5. Penggunaan Face Book yang meluas di kalangan penduduk Malaysia.

Tuan Pengurus dan kakitangan

Konsep pamiran di dalam aktiviti agro-pelancungan ini adalah mirip kompleks pelancungan di N Zealand, yang di pangil Agrodome. Semasa pelanwat/pelancung datang turut dipamir dan dipertontonkan di Agrodome ialah:-

  1. Memotong bulu bebiri,
  2. Pamiran pelbagai baka bebiri yang ada di N Zealand,
  3. Produk hiliran, berasaskan bebiri.

Agrodome N Zealand
Demonstrasi memotong bulu bebiri


Konsep petting zoo, seperti yang dijalankan oleh Chok Chai Farm Thailand turut di masukan bagi menambah sumber pendapatan dan mengurangkan kos makanan ternakan yang terlibat dengan pamiran ini. Satu dewan taklimat, berkapasity 50 pelawat pada satu-satu sessi, sesuai di adakan juga di sini bagi menayangkan video kegiatan Agropolitan Lepar, peternakan kambing doper dan kegiatan hiliran peserta di Agropolitan Lepar.



Kanak-kanak memberikan bebiri makan


Di peringkat terhadapan sesuai aktiviti untuk pelawat ditambah. Satu daripada aktiviti yang dimaksudkan ialah booth menembak patung kambing doper yang digerakkan dari kanan ke kiri dengan menggunakan air rifel. Aktivivti ini boleh menambah minat pengunjung sambil menambah punca pendapatan. Mungkin juga berpatutan di adakan restoren yang menghidangkan Dopper Steak, Satay daging kambing dopper dan ice-cream yang mengandungi susu kambing tempatan.

Sukan menembak patung kambing doper
Gambaran gerai cenderahati


Bagi Agropolitan Lepar, saya mencadangkan beberapa perkara perlu di buat bagi melaksanakan kegiantan ini. Berikut hanyalah cadangan kasar dan memerlukan satu kertas lengkap, jika pihak pengurusan hendak melaksanakannya:-

  1. Sata kandang khusus untuk kambing yang terlibat dengan pamiran. Bagi mengelak dan mengawal penyakit, setelah tempoh kaming-kambing ini digunakan tamat, kambing-kambing akan terus di jual/disembelih. Kambing-kambing akan di ganti dengan yang baharu.
  2. Mewujudkan dewan pamiran (modifikasi yang sedia ada) bertempat duduk untuk para lelawat, serta satu kandang untuk sessi bergambar dengan anak-anak doper.
  3. Mewujudkan gerai produk hiliran dpd kambing dooper (sumber tempatan dan impot).
  4. Bahan makanan kambing, misalnya silage yang dibungkus dengan baik, untuk dibeli oleh pelawat dan akan diberikan kepada anak-anak doper dan untuk sessi bergambar. Ini termasuklah menyediakan lain-lain bentuk makanan yang sesuai, misalnya beberapa helai daun Napier yang diikat rapi.

Semua kambing yang akan dipamirkan misti berkeadaan sihat, bersih dan berbau harum. Mungkin satu kaedah dicari untuk memastikan bulu kambing doper yang dipamirkan berwarna putih dan hitam yang bersih.

Buat permulaan, satu program perasmian serta publisiti yang meluas perlu di buat. Saya cadangkan di satu hari pada masa cuti sekolah. Jika mendapat sambutan, ia sesuai di jalankan di setiap musim sekolah bercuti dan juga di lain-lain hari yang sesuai termasuklah hari kemerdekaan negara kita.

Sumber pendapatan aktiviti ialah:-

  1. Jualan air minuman dlm tin,
  2. Sewaan kios menjual makanan dll,
  3. Jualan produk hiliran dopper dan survenier,
  4. Jualan bahan makanan kambing,
  5. Tiket masuk.

Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS)