Friday, October 23, 2020

PENGALAMAN SAYA MENURUNKAN KANDUNGAN GULA DALAM DARAH

 

Salam Hormat,


Penulisan kali ini ringkas sahaja. Ia berkaitan pengalaman saya menurunkan kandungan gula di dalam darah. Bagi mereka yang sukar dalam mengawal dan menurunkan gula dalam darah masing-masing, ia mungkin merupakan satu contoh yang anda boleh fikir dan mungkin cuba lakukan. Perbuatan ini sesuai jika anda hendak ke hospital atau pun ke mana-mana pharmacy untuk buat saringan gula.

Amalan saya begini:-

 

1. Akhir makan (carbohidrat) kira jam 9 mlm (malam sebelumnya),

2. Berjalan kaki (berjalan cara biasa) kira jam 8 pagi, untuk selama sejam ( atau mencapai 5,000 langkah ),

3. Selepas rehat sebentar, minum lemon Jus secawan (suam),

4. Kira 15 minit kemudian, makan 3 biji telor rebus (kosong sahaja),

5. Minum tea-O kosong.

6. Kira jam 10 pagi check/saring kandungan gula dlm darah.

 

Amalan tersebut telah saya uji beberapa kali, dan kandungan gula saya berkisar antara 4.6 dan 5.4mm/L.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, 50% otot kita terletak di kedua belah kaki, manakala satu kajian lain mendapati 70% penggunaan tenaga seseorang adalah di bahagian kaki individu. Jadi kita nampak kenapa aktiviti pergerakan kaki, hanya dengan berjalan cara biasa pun mampu menurunkan kandungan gula di dalam darah seseorang. Di sebaliknya pula jika kita tidak melakukan pergerakan, kesan negatifnya juga akan berlaku pada diri individu berkenaan. Jadi sesuailah kita stay active.

 

Sekian,

 

 

Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS). 

Tuesday, October 20, 2020

SAYA TELAH BERSARA SELAMA 10 TAHUN DARIPADA PERKHIDMATAN VETERINAR

   

Salam hormat,

 

Pada 17hb Oktober setiap tahun adalah merupakan tarikh ulang tahun kelahiran saya. Kali ini ulang tahun saya berbeza dengan yang lepas-lepas memandangkan kali ini genap juga saya telah 10 tahun bersara daripada perkhidmatan kerajaan (Veterinar).

Terasa agak sebentar sahaja baharu bersara, tetapi sudah 10 tahun. Begitulah masa berlalu.

Apakah yang telah saya capai disepanjang tempoh berkenaan? Satu perkara yang saya pegang di sepanjang tempoh tersebut ialah, seseorang perlu mengisi masa yang ada dengan lebih berkesan dan bermanafaat, terpenting buat sesuatu yang kita suka dan senang hati melakukannya. Kita perlu stay active. Bukan sahaja di tahap fizikal, termasuk juga mental. Di samping melakukan kerja atau aktiviti fizikal yang ringan, saya masih aktif menulis di dalam blog saya dari masa ke semasa. Di mana ada keperluan saya masih travel untuk melaksanakan tanggungjawab tertentu.

Jadi apakah yang telah saya lakukan selama ini? Duduk dikampung (Kg Renal, Jelebu NS) bermakna melakukan kerja-kerja kampung seperti orang kata. Saya giat mengasuh 4 pokok durian yang terdiri daripada Moosang King, IOI, dan Mohtong. Hasrat saya supaya satu ketika nanti tidak lagi terpaksa membeli durian, yang mahal, untuk di rasa. Beberapa pokok pisang, limau kasturi, kuinin, cempedak, nangka dan jambu madu turut saya tanam dan asuh. Sumber ulam seperti pokok kerdas juga saya tanam. Ada diantara tanaman-tanaman tersebut yang telah menghasilkan buah. Sampai ke masa kini saya masih memikir dan mencari idea perkara-perkara yang bermanafaat dan sesuai untuk saya lakukan. Demikianlah serba ringkas kegiatan saya dalam tempoh 10 tahun yang lepas.


                                                   Moosang King Sedang Membesar


                                                                Pisang Nangka

                                                                Nenas Sarawak

Untuk terus menjalani kehidupan dalam tempoh tersebut dengan baik, saya amat menitikberatkan tahap kesihatan diri. Ada ketikanya kurang sehat juga. Pengalaman saya dalam tempoh 10 tahun tersebut, terus mencari ilmu serta pengalaman dalam ehwal penjagaan kesihatan. Saya banyak melayari maklumat di internet untuk tujuan ini. Usaha ini memang menjadi priority saya selama ini. Ilmu teramat penting untuk terus sehat.

Pada satu ketika dahulu yang telah telah didiagnose diabetic. Apabila doktor memberitahu saya hal terebut, saya amat terperanjat. Dengan izin Allah SWT saya gigih mencari ilmu serta jalan bagaiman saya sendiri boleh mengawal dan akhirnya mengembalikan keadaan ke tahap yang agak normal. Di peringkat awal dahulu saya terpaksa memakan ubat,hari ini saya tidak lagi memakan ubat berkenan. Hanya dengan mengamalkan pemakanan yang betul, ianya dapat dikawal dan terus dielakkan. Alhamdullilah.

Saya masih menanggung tekanan darh tinggi. Nampaknya masih tiada penemuan yang sesuai untuk pulihkan keadaan. Sementara itu saya secara berkala ke hospitan untuk mendapatkan rawatan berkenaannya. Walaupun keadaan terkawal, saya masih mencuba beberapa perkara yang saya temui di internet untuk di lihat kesannya. Kebanyakkan usaha serta tindakan berasaskan pemakanan seharian.

Demikianlah serba ringkas penjalanan dan gaya hidup saya dalam tempoh 10 tahun yang lepas. Harapan saya ia dapat memberikan sedikit idea kepada mereka-mereka yang baharu memasuki alam persaraan.

 

 

Sekian,

 

 

 

Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).