Wednesday, December 1, 2021

SUNTIKAN PENGGALAK VAKSIN KOVID 19

Salam hormat,

Hari ini saya mengambil dos pengalak(booster) vaksin kovid-19, selepas genap 6 bulan selepas suntikan ke dua. Alhamdullilah, setakat ini saya tiada mengalami sebarang kesan sampingan.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, tahap antibodi terhadap virus kovid-19, selepas suntikan ke dua akan terus menurun. Lama ke-lamaan ia akan sampai ke tahap di mana antibodi yang terdapat di dalam badan kita tidak lagi mampu melawan jangkitan yang baharu. Jadi untuk memastikan tahap antibodi ini sentiasa berada di paras protective, maka perlulah seseorang itu mengambil suntikan pengalak.

Sungguh pun setelah mengambil suntikan penggalak ini kita tidaklah kebal 100%, tetapi ia dapat membantu terutamanya dari segi menghalang merebaknya kuman kovid-19, seperti sebelum program vaksinasi dijalankan dahulu. Ke dua, ia membantu meredakan kes pada seseorang, jika dijangkiti kovid-19. Jadi eloklah kita semua beramai-ramai pergi mengambil suntikan penggalak ini, jika tempoh masa yang ditetapkan mengikut jenis vaksin yang telah diterima seseorang telah mencukupi.

Satu pemerhatian saya di Pusat Pemberian Vaksin pagai tadi, jumlah orang Cina jauh lebih ramai dan nampak berlumba-lumba untuk mendapatkan suntikan penggalak ini. Sedangkan saya tahu bilangan penduduk Melayau di kawan saya ini jauh lebih ramai. Saya berharap pada hari-hari yang lain tidak sedemikian. Ayuh, mari kita laksanakan tanggungjawab ini demi Agama, Bangsa dan Negara.


Sekian.



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).