Saturday, January 16, 2021

SEMBANG-SEMBANG: KENAPA PERLU ADA IJAZAH DOKTOR FALSAFAH ( PhD)

 


Salam hormat,


Pada 31hb Disember 2019 lalu, saya berkesempatan hadir ke satu majlis makan tengah hari (kecilan) di salah sebuah restoren agak terkenal juga di Seremban. Dato yang menjemput kami itu, dalam pembukan waktu hendah menjamu selera, menyatakan ini adalah merupakan sedikit majlis kesyukuran. Kesyukuran kerana anaknya dapat menamatkan pengajian PhD-nya dalam tempoh yang ditetapkan ( kalau tak silap saya dia menyebut 3 tahun 5 bulan ). Dalam hati saya menlafazkan Alhamdulilah.


Dari satu sudut, baguslah telah ramai anak-anak muda kita yang mempunyai ijazah tertinggi seperti ini. Bangga juga rasanya.


Dari satu sudut yang lain pula, hati kecil saya bertanya “ kenapa perlu ambil PhD serta menggunakan banyak masa yang sedemikian?” Atas persoalan inilah saya ingin membuat sedikit pandangan dalam hal ini. Mungkin tak ramai yang setuju dan mungkin juga ada yang sependapat dengan saya. Harapan saya penulisan ini boleh mmeberikan satu pandangan yang agak bercangah dengan kebiasaan. Tujuan saya tidak lain dan tidak bukan supaya lebih ramai anak-anak muda kita akan berjaya dalam ekonomi masing-masing.


Saya amat setuju jika seseorang itu berusaha mendapatkan ijazah doktor falsafahnya, jika di syaratkan di dalam bidang tugas masing-masing. Misalnya seorang yang menjadi pensyarah, ia di syaratkan supaya ada PhD. Senario ini saya katakan OK buat PhD.


Jika anda menyatakan tujuan mengambil PhD itu untuk meningkatkan pendapatan/ekonomi, pendapat saya cara sebegini agak kurang tepat. Cuba kita kaji dan nilai sendiri, berapa ramai mereka yang hebat didunia ini (jutawan dan multibillioraire) memiliki ijazah PhD? Penilian saya hampir tidak ada. Jack Maa, Jeff Bezzo, Bill Gates, Warren Buffet, Elon Musk dan ramai lagi tiada PhD atau pendidikan tinggi yang lain. Kejayan besar mereka-mereka ini sejajar dengan apa yang di sarankan oleh Robert T Kiyosaki di dalam bukunya yang bertajuk “ if you want to become rich, don’t go to school”.


Pengalaman saya pula, pada tahun 1979, saya telah berjaya mendapat kebenaran serta penaja untuk meneruskan pengajian saya di dalam bidang ternakan di peringkat ijazah doktor falsafah. Bahkan saya telah selesai menjalani syarat kursus di INTAN dan telah mendaftar di salah sebuah Universiti tempatan berikutnya. Saya berfikir semula. Satu perkara yang jelas kepada saya ketika itu ialah mereka yang ekonominya hebat hampir semua tiada ijazah PhD. Pensyarah/Bakal Penyelia program saya pun saya dapati tidak sehebat mana tahap ekonominya. Saya kemudianya menarik diri daripada meneruskan kursus ijazah PhD saya. Pada saat ini saya menoleh ke belakang balik dan saya menyatakan saya tidak rugi dengan mengambil keputusan berkenaan. Pengalaman ini merupakan salah satu sebab kenapa saya mempersoalkan perlu atau pun tidak untuk seseorang itu mendapatkan ijazah PhD-nya.


Jika anda ada PhD dan berkerja untuk pihak lain (Kerajaan atau swasta), anda masih bergantung kepada pihak lain untuk menentukan masa depan anda sendiri. Ini bercangah dengan prinsip kejayaan ekonomi yang di sarankan oleh Jim Roan (Sucess Principles). Perkara utama dan terpenting untuk berjaya kata beliau seterusnya ialah “ anda kena mengambil 100% kawalan dan kontrol atas semua aspek kehidupan anda untuk berjaya”.


Bagi saya, jika matlamat anda ialah ekonomi, mungkin lebih bermunafaat jika anda menggunakan masa ( 3 tahun 5 bulan) itu mengkaji dan menyelidek sendiri bagaimana “duit boleh membesar dan berkembang”. Aplikasi ilmu-ilmu sedemikian seawal tahun kedua kajian anda, mungkin lebih baik daripada menghabiskan masa berkaitan untuk mengambil PhD.


Kaji dan fikirkan untuk tindakan di masa hadapan bagi diri anda atau ahli keluarga berkaitan hal ini.



Sekian.



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MagrS).