Wednesday, December 1, 2021

SUNTIKAN PENGGALAK VAKSIN KOVID 19

Salam hormat,

Hari ini saya mengambil dos pengalak(booster) vaksin kovid-19, selepas genap 6 bulan selepas suntikan ke dua. Alhamdullilah, setakat ini saya tiada mengalami sebarang kesan sampingan.

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, tahap antibodi terhadap virus kovid-19, selepas suntikan ke dua akan terus menurun. Lama ke-lamaan ia akan sampai ke tahap di mana antibodi yang terdapat di dalam badan kita tidak lagi mampu melawan jangkitan yang baharu. Jadi untuk memastikan tahap antibodi ini sentiasa berada di paras protective, maka perlulah seseorang itu mengambil suntikan pengalak.

Sungguh pun setelah mengambil suntikan penggalak ini kita tidaklah kebal 100%, tetapi ia dapat membantu terutamanya dari segi menghalang merebaknya kuman kovid-19, seperti sebelum program vaksinasi dijalankan dahulu. Ke dua, ia membantu meredakan kes pada seseorang, jika dijangkiti kovid-19. Jadi eloklah kita semua beramai-ramai pergi mengambil suntikan penggalak ini, jika tempoh masa yang ditetapkan mengikut jenis vaksin yang telah diterima seseorang telah mencukupi.

Satu pemerhatian saya di Pusat Pemberian Vaksin pagai tadi, jumlah orang Cina jauh lebih ramai dan nampak berlumba-lumba untuk mendapatkan suntikan penggalak ini. Sedangkan saya tahu bilangan penduduk Melayau di kawan saya ini jauh lebih ramai. Saya berharap pada hari-hari yang lain tidak sedemikian. Ayuh, mari kita laksanakan tanggungjawab ini demi Agama, Bangsa dan Negara.


Sekian.



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Monday, October 4, 2021

MAKANAN YANG BERGORENG DENGAN MINYAK TIDAK BAIK PADA KESIHATAN


Salam hormat,


Dalam usaha saya mencari maklumat tentang kesan pemakanan terhadap kesihatan, saya temui banyak penulisan yang meyakinkan, bahawa makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak masak yang ada di pasaran hari ini adalah TIDAK BAIK pada kesihatan seseorang.


Amnya, minyak masak hari ini dihasilkan melalui banyak proses kimia dan pemanasan. Satu daripada kesan pemprosesan ini ialah penghakisan vitamin disamping pencemaran bahan kimia itu sendiri sewaktu pemprosesan dijalankan.


Salah satu sifat minyak masak, tak kira apa jenis sekali pun, ia mudah di oxsidised tambahan pula apabila minyak itu dipanaskan sewaktu kita mengoreng makanan. Memakan bersaama makanan yang di goreng yang mengandungi bahan yang dioksidised ini akan menjadi radikal bebas apabila diserap dan berada di dalam badan kita. Kita tahu yang radikal bebas ini merupakan bahan yang boleh menyebabkan radangan dalam tubuh badan, khususnya pada pembuluh darah.


Radangan pada pembuluh darah ini, boleh berakhir dengan terjadinya penyempitan dan lama ke lamaan menjadikan saluran pembuluh darah yang kecil ini tersumbat. Kesan jangka panjangnya banyak keadaan dan gejala kronik yang di hadapi ramai hari ini boleh dikaitkan dengan kaedah pemakanan yang bergoreng saperti yang saya terangkan di atas.


Sungguh pun badan kita menghasilkan antioksiden yang boleh membenteras radikal bebas ini, keupayaan badan kita kadangkala alah juga disebabkan terlalu banyak radikal bebas ini di makan dan berterusan sepanjang hari dan masa. Sarapan pagi bergoreng, makan tengah hari juga bergoreng dan apatah lagi makan malam dengan memakan makanan segera yang banyak kita dapati hari ini. Faktor usia yang terus meningkat juga akan mengurangkan keupayaan badan seseorang dalam menghasilkan antioksiden yang mencukupi.


Sebelum terlambat, marilah kita sama-sama, paling kurang mulai hari ini MENGURANGKAN perlahan-lahan memakan makanan yang bergoreng ini. Cuba jarakkan pembelian makanan yang bergoreng daripada bazar/pasar malam dan makanan segera.


Sebagai satu pilihan untuk mengoreng makanan di rumah, cubalah beralih daripada menggunakan minyak masak kepada penggunaan minyak sapi atau pun butter. Alternatif ini bukanlah sesuatu yang juga murah. Jika tidak dapat di elakkan langsung, gunalah minyak kepala. Saya sedar agak sukar hari ini untuk kita mendapatkan minyak kelapa. Tetapi anda suri rumah boleh membuatnya sendiri.


Akhir kata, saya mengajak anda semua di luar sana supaya mengkaji dengan lebih mendalam hal ini, kemudian buatlah perubahan demi menjaga kesihatan kita dan ahli keluarga di masa hadapan.


Mengelak adalah pilihan yang lebih baik dan murah daripada merawat penyakit kronik saperti kegemukkan (Obesity).



Sekian, harap bermunafaat.




Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS) 

Sunday, September 26, 2021

CARA MEMBERSIHKAN SAYUR ATAU BUAHAN

Salam hormat,

Kita semua biasa membeli sayur atau buahan daripada pasaraya, seperti anggur, kailan, sawi dan sebagainya. Kita juga sedar bahawa kebanyakkan sayur dan buah-buahan tersebut tidak berapa bersih daripada sisa pengawet termasuk bahan makhlok perosak.

Seorang pakar pemakanan daripada Amerika Syarikat memberikan cadangan bagaimana ia boleh dibersihkan dengan cara yang mudah. 

Caranya seperti berikut:-

1. Gunakan sinki yang ada (contoh gambar di bawah),

2. Tutup lubang air keluar dan penuhkan air hingga setengah singki,

3. Campurkan kira-kira 4 sudu garam dapur kedalam air tersebut,

4. Ambil sebiji lemon, potong dua dan perah ke dalam air.

5. Bancuh campuran air tersebut.

6. Rendam buah atau sayuran kedalam air tersebut buat beberapa minit,

7. Bilas dan cuci dengan air biasa sayur atau buahan tersebut.

8. Buah atau sayur sedia untuk di gunakan atau di makan.



                                                                      Contoh Sinki


Sekian, harap bermunafaat.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS). 

Thursday, September 9, 2021

Garam Himalayan Rock Salt Lebih Baik Untuk Kesihatan?

Salam hormat,


Masa saya kecil-kecil dahulu, tahun 60han, kami dikampung menggunakan garam kasar untuk semua jinis masakan. Sekarang jarang kita jumpa garam ini digunakan. Banyak digunakan hari ini ialah garam halus yang putih bersih. Menurut ceritanya garam ini telah melalui beberapa proses “pembersihan” yang mana kesannya hanya tingal garam sodium chloride (NaCl) sahaja. Garam halus lain (trace minerals) telah hilang dalam proses berkenaan.

Melalui kajian dan selidekaan saya, badan kita memerlukan 60 jenis garam galian setiap hari, dalam nisbah yang betul serta mengikut berat badan seseorang, untuk terus kekal sihat. Garam putih yang kita gunakan hari ini hanya dapat memberikan dua jenis galian sahaja, iaitu sodium dan chlorine.

Seseorang itu juga boleh mendapat beberapa jenis garam galian dengan makan sayuran hijau, atau bijirin tertentu seperti badam (almonds), biji gajus, kekacang (sayur), biji labu, pistachoes, kacang tanah, wall nuts, sayuran buah seperti carrot (lobak) dan beberapa sumber tanaman lain. Tetapi amalan pemakanan kita seharian berkaitan jinis makanan di atas tidak dapat memberikan garam galian yang mencukupi.

Saya mendapati garam jenis Himalayan Rock Salt, yang berwarna merah keperangan ( gambar di bawah ) mungkin merupakan satu pilihan terbaik untuk anda. Harganya sedikit mahal, tetapi ia juga mengandungi banyak galian serta trace minerals yang badan kita perlukan.



Sungguh pun kadar penyerapan garam termasuk trace minerals daripada garam Himalayan Rock Salt ini kadangkala rendah berbanding dengan penyerapan garam yang diperolehi daripada sumber tanaman, tetapi kita menggunakanya banyak kali dalam sehari. Saya percaya ia sekurangnya dapat membantu.

Keluarga saya telah beralih kepada penggunaan garam ini beberaapa bulan yang lepas. Kesannya tidaklah ketara, saya percaya dengan memberikan satu tempoh masa yang lama, ia boleh memberikan sedikit perubahan kepada kesihatan seseorang. Bagi mereka yang ingin mencuba garam ini, saya cadangkan buatlah sedikit kajian mengenainya kemudian buat keputusan. Jika di dapati lebih baik, jangan lupa kongsi maklumat dengan yang lain.


Selamat mencuba.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS). 

Friday, August 27, 2021

APABILA KADAR VEKSINASI COVID-19 MENCAPAI 70%

Salam hormat,


Jika kadar vaksinasi negara kita sampai atau melebihi 70% adakah wajar kita bebas ke sana ke mari dan tidak perlu lagi mengamallkan SOP Covid-19?

Mengikut kajian, pengetahuan saya dan pengalaman negara lain yang lebih terhadapan daripada negara kita, jawapanya TIDAK wajar kita bebas dan tidak lagi mengamalkan sop covid-19.

Pengalaman negara eropah yang telah mencapai tahap herd immunity, dengan tersebarnya variant DELTA, masih berlaku kes positif di kalangan mereka yang telah divaksinasi. Bahkan banyak negara berkenaan yang sekarang ini memikirkan untuk memberikan booster shot ke 3 kepada penduduk mereka.

Seorang profesor daripada University Harvard turut menekankan pentingnya terus mengamalkan SOP Covid-19 bagi mengukuhkan pertahanan badan seseorang. Pemakaian penutup muka/hidung, jangan makan di restoren yang tertutup, beliau turut mementingkan pusingan udara bebas (ventilasi) di pejabat-pejabat dan di persekitaran rumah kita adalah di antara perkara yang mesti diteruskan buat beberapa ketika lagi.

Dalam konteks ini, saya perhatikan/dengar masyarakat kita begitu ghairah untuk mula melancung semula, menziarah sanak saudara apabila rentas daerah mahu pun negeri telah di longgarkan. Ramai juga yang saya perhatikan berangapan bahawa apabila telah mendapat dua suntikan covid-19, mereka bebas untuk kesana ke sini dan bertemu keluarga yang sekian lama tidak dapat di kunjungi. Pada hemat saya tanggapan ini juga kurang tepat. Mereka yang telah menerima suntikan lengkap TIDAK KEBAL 100% daripada jangkitan covid, terutamanya variant DELTA yang sekarang tersebar luas di luar sana.

Buat diri saya, strategi TIDAK KELUAR rumah atau rentas daerah masih sesuai di amalkan, kecuali benar-benar dalam keadaan yang mendesak dan perlu.

Dalam keaadaan sekarang dan masa hadapan bagi saya sesuai juga kita terus memberikan tumpuan kepada makanan dan pemakanan kita seharian, khususnya dalam aspek makanan garam galian dan trace minerals. Kekurangan zat/garam galian yang berpanjangan adalah merupakan punca utama berlaku kebanyakan underlying conditions yang mendedahkan kita kepada jangkitan covid-19. Pastikan kita tidak kekurangan Vitamin C, D3, dan galian Zinc di dalam badan kita. Elakkan stress, dan tidur secukupnya. Pastikan juga kita bebas dari punca bahan toksik lain dalam kehidupan seharian kita. In sha Allah kita akan kekal dilindungiNYA.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MagrS). 

Saturday, August 21, 2021

PENTINGNYA SENANTIASA MENGAMALKAN PEMAKANAN YANG SIHAT


Salam hormat,


Kebelakangan ini kita sibuk dengan pemvaksinanan Covid-19. Baru-baru ini pula kita dikejutkan dengan beberapa variant baharu virus ini (misalnya variant delta) yang dikaitkan dengan kadar kebolehjangkitan yang lebih tinggi. Ekoran daripada senario tersebut, di media-media sosial sibuk mempertikaitan kegagalan kita dalam mencegah wabak daripaada terus meningkat.

Kita saksikan, sunguh pun kadar vaksinasi negara meningkat, kes baharu positif covid juga meningkat. Kes baharu keseluruhan di negara kita pada 20hb Ogos,2021 ialah 23,564. Sudah beberapa hari tak turun-turun.

Persoalannya, apakah setiap individu boleh buat, paling kurang bagi meningkatkan keselamatan diri dan ahli keluarga masing-masing. Untuk menjawab persoalan ini, sukacitalah saya mengambil sedikit kesempatan di sini untuk memberikan sedikit pencerahan serta pandangan mengenainya.

Sebagai seorang doktor veterinar, bab penyakit ini bukanlah satu perkara yang asing, bahkan kami yang di lapangan, mendapati ternakan peliharaan senantiasa berdepan dengan pelagai ancaman punca penyakit berjangkit setiap hari( bakteria, virus, protozoa, cacing, fungi dan lain-lain lagi), mungkin lebih lagi jika dibandingkan dengan manusia.

Satu aspek/pendekatan yang agak berbeza dengan manisia, apa yang kami lakukan ialah senantiasa memberikan penekanan kepada makanan dan pemakanan yang mencukupi dan seimbang kepada hawain-haiwan tersebut. Untuk mencegah dan mengawal penyakit ternakan ini, kita turut menggunakan veksin sebagai satu kaedah yang boleh membantu, terutamanya apabila berlakunya sesuatu wabak, misalnya wabk penyakit kuku dan mulut pada ternakan lembu yang juga merupakan jangkitan sejenis virus.

Dalam bab sistem pertahanan badan mamalia (daripada sebarang jangkitan kuman) asasnya telah disedia dan dikurniakan oleh ALLAH SWT, iaitu satu sistem immuniti tubuh. Sistem inilah, selagi kita hidup, yang akan berkerja keras dalam memastikan kita senantiasa sihat. Antibodi (Cellular & humural) yang dihasilkan oleh sistem immuniti inilah yang melawan dan membunuh kuman penyakit termasuk virus. Antibodi ini terhasil akibah ransangan daripada kuman yang masuk ke dalam badan. Ransangan ini boleh berlaku dalam beberapa cara, satu daripadanya dengan memberikan kuman yang telah dimatiakan, atau pun sebahagian daripada bahagian kuman tersebut melalui suntikan. Kita beri dalam bentuk produk yang kita pangil veksin.

Salah satu organ/bahagian badan yang terlibat secara langsung dalam menghasilkan antibodi ini ialah tulang-tulang ( sum-sum tulang) tertentu. Bagi membolehkan tulang-tulang ini mampu untuk mengeluarkan antibodi yang tinggi untuk melawan sesuatu jangkitan virus, ia memerlukan beberapa perkara/keadaan dan bahan mentah berada di dalam darah kita, di antaranya:-


1. Nutrients makanan, termasuk zat garam galian yang mencukupi,

2. Dos veksin yang sesuai,

3. Badan dan mental yang sihat,


Perkara satu dan tiga di atas, adalah merupakan dua perkara yang anda boleh lihat dan buat sesuatu, dalam usaha memastikan tahap immuniti ada berada di tahap yang sepatutnya setelah menerima sesuatu suntikan veksin.

Apabila kita memperkatakan kepentingan nutrisi dalam usaha kita untuk menghasilkan antibodi yang mencukupi, kita tidak dapat elak daripada perimustahak dan pentingnya seseorang itu memiliki satu sistem penghadaman dan penyerapan( digestive system ) yang turut sihat dan berkeadaan baik. Apakah kita semua memiliki sistem digestive yang baik, khususnya bagi mereka yang berumur melebihi 50 tahun? Mungkin tidak.

Golongan yang saya sebut di atas, menjadi perfect host bagi vurus menjangkiti mereka dan berkesudahan dengan gejala yang teruk, sunguh pun ramai di antara mereka telah mengambil veksinasi yang lengkap. Lagi bermasaalah jika mereka tidak di vaksinasi langsung.

Kita mungkin tidak mengalami sebarang gejala penyakit, maka kita menyangka sistem penghadaman kita senantiasa berkeadaan baik.

Sukacita saya berkongsi satu cerita mengenai pengalaman mereka di Amerika Syarikat. Menurut satu kajian dan kupasan, di Amerika Syarikat, telah di baut satu survey terhadap struktur halus dalam usus kecil ( hstological section of microvilli ) di dapati sebilangan besarnya (daripada bedah siasat mereka yang telah meningal dunia) telah rosak dan kehilangan microvilli di dalam usus kecil mereka. Bermakna kecekapan penghadaman dan penyerapan makanan telah menurun ke tahap yang rendah. Maka tidak hairanlah kenapa ramai yang dijangkiti virus ini berkeadaan serius dan meningal dunia, berpunca daripada sistem immuniti yang lemah. Saya percaya ramai juga di antara mereka ini mengalamai kekurangan darah merah yang kronik di sebabkan, pada masa yang sama, tulang-tulang yang sepatutnya menghasilkan darah merah ini tidak dapat menghasilkanya di sebabkan masalah penghadaman dan penyerapan zat nutrisi tadi. Sistem pernafasan kita memerlukan sel-sel darah merah. Kadar oksigen dalam darah mudah rendah dalam keadaan ini.

Berkaitan hal di atas juga, para ahli pathologi mendapati puncanya masalah ini ialah kerana terlalu banyak dan lama memakan gandum yang mengandungi glutein yang tinggi.

Mereka juga berpandangan yang serupa kenapa di negara-negara seperti Brazil ( negara pengeluar gandum terbesar dunia), dan negara-negara di eropah mengangalami jangkitan covid-19 dengan kadar kematian yang tinggi, berbanding negara yang kurang atau tidak memakan gandum/produk gandum sebagai staple diet mereka.

Anda suka dan kerap memakan pizza? Awas banyak-banyak. Masyarakat “bandar” di negara kita yang terbawa-bawa dengan makanan “orang kaya/moden” ini yang tanpa disedarai telah perlahan-lahan berkemungkinan besar telah merosakkan sistem penghadaman mereka. Juga perlu di awasi makanan lain yang menggunakan gandum, seperti roti canai, burger dan laian-lain roti. Cuba renungan semula, adakah sistem penghadaman kita berkeadaan baik sekarang?

Dalam hal ini juga, tidak ramai di antara kita yang faham dan memberikan tumpuan kepada keperluan garam galian, termasuklah trace minerals, bukan sahaja untuk sistem immuniti tubuh tetapi juga untuk kesihatan bahan keseluruhannya. Menurut satu laporan pakar menyatakan kita memerlukan 60 jinis garam galian setiap hari untuk kekal sihat. Kebanyakkan masaalah penyakit kronik hari ini adalah berpunca daripada kekurangan garam galian tertentu di dalam tubuh kita. Bermakna ianya boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan yang betul. Kebanyakkan kita yang berisiko kepada jangkitan covid 19 adalah disebabkan perkara ini.

Seperkara lagi, mungkin ramai yang beranggapan “saya telah mengamalkan pemakan yang seimbang dan memakan sayuran-sayuran yang hujau yang mencukupi”. Kajian saya mendapati, ini adalah merupakan satu anggapan yang tidak tepat sama sekali. Kerana apa? Kerana sistem pertanian moden kita yang tidak memasukkan garam galian, selain daripada N.P.K untuk menghasilkan tanaman kereka. Bermakna tidak mencukupi apa yang terdapat di dalam sayuran tersebut. Saya dapati daripada mereka yang ilmiah dan berpengalaman dalam hal ini menyarankan pentingnya seseorang itu menambah garam galiannya melalui makanan tambahan (supplements) tertentu untuk kekal sihat. Anda ambil supplements? Bagi anda yang senantiasa duduk di dalam bangunan/rumah, maklumlah PKP, anda cukup vitamin D untuk membantu menyehatkan tulang-tulang anda? Ramai mereka yang teruk diserang covid-19 memmpunyai tahap vitamin D di dalam darah mereka yang terlalu rendah.

Sebagai kesimpulan, dalam memerangi wabak covod-19 ini dan lain-lain penyakit juga, amat mustak juga kita memberikan penekanan kepada aspek kesihatan sistem penghadaman (digestive system) dan kualiti bahan makanan, khususnya pemakanan garam galian. Jangan dilupa juga pentingannya mengawal stress/tekanan sepanjang masa. Tidur secukupnya. Elakkan meracun badan sendiri, misalnya dengan merokok dan menghidu udara yang tidak segar/bersih. Awasi juga punca punca pencemaran lain, termasuk bahan pencuci yang kita gunakan di rumah setiap hari.


Mudah-mudahan mendapat rahmat.


Sekian, Terima Kasih.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).








Saturday, January 16, 2021

SEMBANG-SEMBANG: KENAPA PERLU ADA IJAZAH DOKTOR FALSAFAH ( PhD)

 


Salam hormat,


Pada 31hb Disember 2019 lalu, saya berkesempatan hadir ke satu majlis makan tengah hari (kecilan) di salah sebuah restoren agak terkenal juga di Seremban. Dato yang menjemput kami itu, dalam pembukan waktu hendah menjamu selera, menyatakan ini adalah merupakan sedikit majlis kesyukuran. Kesyukuran kerana anaknya dapat menamatkan pengajian PhD-nya dalam tempoh yang ditetapkan ( kalau tak silap saya dia menyebut 3 tahun 5 bulan ). Dalam hati saya menlafazkan Alhamdulilah.


Dari satu sudut, baguslah telah ramai anak-anak muda kita yang mempunyai ijazah tertinggi seperti ini. Bangga juga rasanya.


Dari satu sudut yang lain pula, hati kecil saya bertanya “ kenapa perlu ambil PhD serta menggunakan banyak masa yang sedemikian?” Atas persoalan inilah saya ingin membuat sedikit pandangan dalam hal ini. Mungkin tak ramai yang setuju dan mungkin juga ada yang sependapat dengan saya. Harapan saya penulisan ini boleh mmeberikan satu pandangan yang agak bercangah dengan kebiasaan. Tujuan saya tidak lain dan tidak bukan supaya lebih ramai anak-anak muda kita akan berjaya dalam ekonomi masing-masing.


Saya amat setuju jika seseorang itu berusaha mendapatkan ijazah doktor falsafahnya, jika di syaratkan di dalam bidang tugas masing-masing. Misalnya seorang yang menjadi pensyarah, ia di syaratkan supaya ada PhD. Senario ini saya katakan OK buat PhD.


Jika anda menyatakan tujuan mengambil PhD itu untuk meningkatkan pendapatan/ekonomi, pendapat saya cara sebegini agak kurang tepat. Cuba kita kaji dan nilai sendiri, berapa ramai mereka yang hebat didunia ini (jutawan dan multibillioraire) memiliki ijazah PhD? Penilian saya hampir tidak ada. Jack Maa, Jeff Bezzo, Bill Gates, Warren Buffet, Elon Musk dan ramai lagi tiada PhD atau pendidikan tinggi yang lain. Kejayan besar mereka-mereka ini sejajar dengan apa yang di sarankan oleh Robert T Kiyosaki di dalam bukunya yang bertajuk “ if you want to become rich, don’t go to school”.


Pengalaman saya pula, pada tahun 1979, saya telah berjaya mendapat kebenaran serta penaja untuk meneruskan pengajian saya di dalam bidang ternakan di peringkat ijazah doktor falsafah. Bahkan saya telah selesai menjalani syarat kursus di INTAN dan telah mendaftar di salah sebuah Universiti tempatan berikutnya. Saya berfikir semula. Satu perkara yang jelas kepada saya ketika itu ialah mereka yang ekonominya hebat hampir semua tiada ijazah PhD. Pensyarah/Bakal Penyelia program saya pun saya dapati tidak sehebat mana tahap ekonominya. Saya kemudianya menarik diri daripada meneruskan kursus ijazah PhD saya. Pada saat ini saya menoleh ke belakang balik dan saya menyatakan saya tidak rugi dengan mengambil keputusan berkenaan. Pengalaman ini merupakan salah satu sebab kenapa saya mempersoalkan perlu atau pun tidak untuk seseorang itu mendapatkan ijazah PhD-nya.


Jika anda ada PhD dan berkerja untuk pihak lain (Kerajaan atau swasta), anda masih bergantung kepada pihak lain untuk menentukan masa depan anda sendiri. Ini bercangah dengan prinsip kejayaan ekonomi yang di sarankan oleh Jim Roan (Sucess Principles). Perkara utama dan terpenting untuk berjaya kata beliau seterusnya ialah “ anda kena mengambil 100% kawalan dan kontrol atas semua aspek kehidupan anda untuk berjaya”.


Bagi saya, jika matlamat anda ialah ekonomi, mungkin lebih bermunafaat jika anda menggunakan masa ( 3 tahun 5 bulan) itu mengkaji dan menyelidek sendiri bagaimana “duit boleh membesar dan berkembang”. Aplikasi ilmu-ilmu sedemikian seawal tahun kedua kajian anda, mungkin lebih baik daripada menghabiskan masa berkaitan untuk mengambil PhD.


Kaji dan fikirkan untuk tindakan di masa hadapan bagi diri anda atau ahli keluarga berkaitan hal ini.



Sekian.



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MagrS).