Wednesday, July 22, 2020

PANDEMIK COVID-19 DAN PERSEKOLAHAN



Salam hormat,


Kita semua tahu bahawa sekolah telah mula dibuka semula. Beberapa tindakan pencegahan kemerebakkan virus covid-19 di kalangan murid, guru sekolah dan anggota pentabiran sekolah telah dilakukan. Pendek kata SOP yang dibuat dan dilaksanakan ini bagi memastikan persekitaran sekolah bebas dan selamat daripada jangkitan covid-19. Ini satu pendekatan.

Jika bertanya sesama kita, siapakah yang akan atau keberangkalian membawa kuman ini ke persekitaran sekolah? Atau pun siapa pembawa kuman ini sebenarnya. Murid adalah merupakan jumlah yang terramai diantara ke tiga-tiga kumpulan host atau manusia yang terdapat di semua sekolah. Maknanya, sekolah kena pastikan murid ini tidak jadi agen pembawa kuman.

Jika dilihat dari sudut kegunaan masa untuk berlakunya kontak rapat kepada sumber virus ini, 16 jam daripada 24 jam sehari murid-murid ini berada dirumah atau bersama keluarga. Di sekolah hanya sekitaran 8 jam sahaja.

Saya melihat betapa pentingnya peranan  ibu bapa dalam memastikan diri mereka dan anak-anak mereka tidak dicemari kuman ini dan akhirnya di bawa ke sekolah dan berlakunya satu wabak atau fokus rebakan baru di sekolah pula. Maknaya kaedah pencegahan diluar sekolah yang melibatkan ibu bapa ( khusnya peranan mereka ) amat penting dalam usaha kementerian pendidikan memastikan persekitaran sekolah selamat.

Saya sempat bertanya kepada seorang guru sekolah, ada atau tidak institusi PIBG digembeling dalam usaha pencegahan penyakit ini disekolah mereka? Ada atau tidak usaha pencegahan ini dibawa ke dalam mensyauat PIBG sekolah? Beliau menyatakan tiada. Kenapa begitu adanya. Jadi saya fahamlah kenapa saya lihat ibu-bapa berpusu-pusu, tiada melakukan penjarakan sosial antara mereka, semasa menunggu anak-anak mereka pulang DAN JUGA semasa menghantar anak-anak ke sekolah. Ramai juga ibu bapa yang tidak memakai topeng penutup muka ( face mask ) ketika kedua-dua aktiviti diatas berlaku.

Lebih penting lagi, dari sudut kefahaman saya dalam usaha mencegah sesuatu penyakit daripad merebak sekarang ini, ialah melalui PIBG, para ibu dan bapa perlu diingat dan dipohon supaya tidak alpa dan mendedahkan diri mereka dan juga ahli keluarga, misalnya dengan balik kampung semasa Hari Raya Korban nanti. Bukan itu sahaja, mungkin mereka boleh sekurang-kurangnya tidak sewenangnya membawa keluarga bercuti dihujung minggu ke mereta tempat. Pengerusi PIBG sekolah keluarkan surat rayuan kepada semua ibu dan bapa, mengingat dan meminta kerja sama ibu-bapa supaya memainkan peranan mereka dan usaha memastikan anak-anak mereka bebas jangkitan dan persekolahan boleh berjalan terus menerus selepas ini.

Pertambahan kes covid-19 melebihi 10 kes setiap hari, beberapa hari lepas seharusnya menjadi peringatan kepada ibu dan bapa supaya lebih berhati-hati dan serius dalam usaha mencegah berlakunya kontak rapat antar mereka, juga anak-anak, dengan pihak luar dan senantiasa memaki topeng apabila keluar rumah dan berada di tempat awam. Saya perhatikan di kebanyakkan tempat pemakain topeng ini telah mula luntur.

Saya yakin ini adalah merupakan salah satu saluran yang penting dan perlu digembeling dalam setiap usaha mencegah dan mengawal jangkitan covid-19 di sekolah-sekolah, demi untuk generasi masa depan kita rakyat Malaysia.


Skian, fikirkan dengan serius perkara ini.


Stay Safe



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).