Saturday, March 28, 2020

COVID-19: Beza antara 70% Alcohol dengan 90% Alcohol


Salam sejahtera,


Mungkin ada faedahnya saya menerangkan beza antara kedua-dua kepekatan bahan disinfectant/antiseptic ini, supaya kita jangan dikelirukan oleh mana-mana pehak yang suka mengambil kesempatan, khususnya dalam era pandemic Covid-19 sekarang.

Amnya ke dua-dua bahan ini mengandungi isopropyl (atau ethyl) alcohol yang dicampurkan dengan air, cuma pada peratusan komposisi air yang berbeza.

Bahan 70% alcohol mengandungi 30% air, manakala 90% alcohol pula mengandungi 10% air.

Kos/harga 70% Alcohol lebih murah.

Kandungan air didalam bancuhan kedua-dua bahan disinfectant ini diperlukan untuk membantu (catalyst) kepada proses kimia semasa pemusnahan (denaturing) sel-sel virus oleh alcohol. Maknanya kandungan air ini diperlukan untuk keberkesananya. 

Pada kepekatan 70%, air di dalam bancuhan ini membantu melambatkan proses pengwapan alcohol tadi oleh yang demikian ia mampu memberikan masa lebih lama bagi alcohol yang ada untuk bertindak pada seluruh bahagian sel virus yang terkena dan mematikan sel-sel virus berkenaan.

Manakala pada tahap kepekatan 90% alcohol pula, apabila digunakan ia akan mengwap (vapourized) ke udara lebih cepat. Dengan itu alcohol  hanya sempat (ada masa yang sedikit) untuk reaksi kimia (denaturing) terhadap lapisan luar viral protein dan tidak mampu/sempat untuk menjejaskan RNA/DNA virus. Virus-virus ini jika diberikan masa dan keadaan yang sesuai dimasa yang akan datang, ia mungkin boleh aktif semula. Maknanya ia tidak mati sepenuhnya jika kita mengunakan 90% kepekatan alcohol sebagai bahan disinfectant/antiseptic.

Kajian telah mendapati pada kadar kandungan air 30%, yang biasa kita kenali sebagai 70% alcohol, adalah yang paling berkesan untuk membunuh sel-sel virus, termasuk cirus covid-19.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Thursday, March 26, 2020

COVID-19: Bawalah Beberapa helai Facial Tissue apabila keluar rumah.



                                      Senantiasa bawa Facial Tissue bersama



Salam sejahtera,

Satu perkara yang jelas hari ini dinegara kita, kita tidak mengetahui sama ada kita adalah asymptomatic carrier virus covid-19 atau pun tidak. Khususnya di kalangan golongan muda dan pertengahan umur. Tidak dinafikan, fakta daripada negara luar telah menunjukkan, ada juga yang telah berumur (melebehi 60 tahun) telah dijangkiti, tetapi tidak menunjukan sebarang tanda-tanda penyakit.

Fakta seterusnya, jika seseorang itu batuk, bersama batuknya itu akan terkeluar kira-kira 3,000 droplets dan tersembur keluar dari bahagian mulut pada kadar kelajuan 80km/jam. Manakala jika seseorang itu bersin, sebanyak kira-kira 40,000 droplets akan keluar dan pada kelajuan 320km/jam. Bermakan apabila seseorang itu terbersin, lebih mudarat penyebaran virus yang terdapat di dalam droplets tadi.

Di sinilah pentingnya penjarakan 1.5 meters  antara kita atau individu di suatu tempat, bagi mengelakkan daripada dijangkiti virus covid-19.

Oleh yang demikian, saya mengajak anda semua, jika terasa hendak batuk atau pun bersin, wajarlah menutup mulut dan hidung masing-masing dengan kertas tissue pada ketika itu yang kita semua ada bawa bersama. Kemudian buangkan kertas tissue yang telah digunakan ini ke dalam bakul sampah yang sesuai. Perbuatan ini amat penting sekali terutamanya apabila kita berada dilingkungan ruang yang kecil dan tertutup, misalnya di bilik-bilik ATM dan pasar mini.

Saya yakin perbuatan sebegini dapat sedikit sebanyak membantu mengekang merebaknya virus covid-19. In sha Allah.


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Tuesday, March 24, 2020

COVID-19 : Perhatikan BERAT BADAN anda dalam tempoh kawalan pergerakan sekarang.

Salam sejahtera,

Dalam tempoh kempen duduk dirumah sekarang, saya percaya keaktifan kita turut terhad. Bermakna jika kita teruskan cara makan seperti sebelum perintah kawalan dikenakan dahulu, berlaku kelebihan unsur makanan khususnya tenaga (energy). Lebihan ini kemungkinan besar akan disimpan sebagai lemak di dalam badan.

Tempoh masa dua minggu ini, bagi orang-orang yang tertentu, ketidakaktifan ini boleh menjadikan seseorang itu obes. Proses pengemukan ini akan menjadi masaalah yang lebih besar, jika tempoh kawalan pergerakan ini dilanjutkan kelak. Jadi berwaspadalah dan senantiasa perhatikan berat badan anda.


                                 Perhatikan Berat Badan Anda

Berikut adalah cadangan saya, bagi membantu menangani masaalah tersebut:-

1. Kurangkan makan carbohidrat kepada separuh, khususnya nasi.
2. Kurangkan gula dalam air minuman yang bergula,
3. Elakkan memakan makanan segera, yang mengandungi banyak garam, lemak dan carbohidrat.
4. Lebihkan memakan sayur-sayuran dan buahan.
5. Elakkan meminum air minuman dalam tin dan botol yang mana kandungan gulanya adalah tinggi.
6. Perbanyakkan meminum air suam.
7. Terbaik adalah dengan melakukan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
8. Bagi mereka yang memahami “puasa” daripada memakan karbohidrat untuk tempoh masa tertentu ( intermitant fasting ) elok mengamalkannya.
9. Senaman ringkas.



Jika kebanyakkan ahli keluarga mengamalkan perkara-perkara yang saya cadangkan di atas, pastinya banyak penjimatan bahan makanan dan kewangan juga boleh dilakukan, disamping menjaga berat badan masing-masing. Kesannya, tekanan terhadap bekalan makanan di pasar, pasar raya dan kedai serbaneka akan dapat dikurangkan. Kekerapan kita terpaksa keluar untuk membeli belah juga akan berkurangan. Bagi mereka-mereka yang terjejas sumber pendapatannya, akibah wabak pandemik Covid-19 ini,  sesuailah mengamalkan perkara-perkara tersebut.

Di dalam semua perkara ELAKKAN PEMBAZIRAN walau seulas nasi sekali pun. Didik anak-anak kita supaya mengambil makanan yang ia boleh habiskan sahaja. JIMAT SEBELUM HABIS.


Elakkan Pembaziran Makanan

Dalam banyak hal yang saya cadangkan tersebut, nampak mudah tetapai untuk melaksanakannya bukan satu perkara yang mudah juga. Jika sesuatu perkara itu bukan telah menjadi tabiat kita sebelum ini ( not in your subconcious mind), amat rumit hendak melakukan peruban tersebut. Jika kita tidak mengamalkan senaman sebelum ini, saya yakin kita tidak akan buat atau tidak buat secara berterusan perkara tersebut.

Mungkin elok saya menyatakan kebimbangan saya berkaitan hal ini, mungkin Covid-19 tidak melanda ramai orang (In sha Allah), tetapi kesan kepada kesihatan lain yang akan melanda dan memudaratkan ramai pihak, jika semua kita tidak cermat dan hat-hati dalam perkara ini. Awas selalu.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

Saturday, March 14, 2020

COVID-19 : Tanggung jawab kita semua BERSAMA.



Salam hormat,

Badan Kesihatan Sedunia (WHO) baharu-baharu ini telah mengistiharkan wabak Covid-19, yang melanda hampir seluruh dunia hari ini sebagai satau pandemic. Senario pandemic ini lebih bahaya daripada keadaan wabak epidemic dan juga endemic.

Bagi saya, amat penting semua kita melihat perkara ini dengan amat serius dan teliti sekali.

Saya mengamalkan beberapa strategi dan kaedah, dan mungkin anda diluar sana boleh guna-pakai juga, bagi mencegah terkenanya jangkitan penyakit ini. Amalan kaedah-kaedah ini bukanlah satu garenti kepada seseorang supaya tidak boleh dijangkiti kuman tersebut. Berikut adalah cara saya:-

1. Rehat secukupnya dan kurangkan stress,
2. Mengamalkan pemakanan yang terbaik ( good nutritions),
3. Senantiasa mengamalkan kebersihan diri, terutamanya tangan, dan
4. Mengamalkan social distancing.

Terpenting berkaitan perkara-perkara di atas ialah PROAKTIF dalam semua tindakan kita. Maksudnya BERMULA SEKARANG. Maksudnya juga jangan bila penyakit sudah berada di depan pintu rumah kita, baharulah kita tergesa-gesa hendak berbuat sesuatu.

Rehat, seperti tidur, perlu cukup. Keadaan stress akan melemahkan sistem pertahanan badan seseorang. Dengan keadaan ini individu akan mudah dijangkiti kuman penyakit, termasuk covid-19.

Antibody yang dihasilkan oleh badan, yang telah diransang oleh kemasukkan sesuatu kuman penyakit, adalah sejenis protin. Maka adalah penting kita melihat kualiti makanan yang kita makan setiap hari. Seharusnya perkara ini senantiasa menjadi tumpuan dalam pemakanan kita seharian, bukan sahaja di saat genting seperti sekarang. Tetapi belum terlewat. Good nutririons juga merupakan perkara penting yang saya senantiasa lihat sewaktu mengambil sebarang makanan.

Saya juga mengamalkan memakan makanan tambahan seperti Vitamin C setiap hari, bagi membantu mengukuhkan sistem pertahanan badan saya.

Mungkin ramai di antara kita kurang sedar akan kepentingan kebersihan tangan kepada diri seseorang. Tangan kitalah yang membawa kuman ke permukan mukosa (mucous membrane) anggota badan kita seperti mata, dalam hidung dan juga mulut. Maknanya, kitalah secara tidak sengaja memasukkan kuman berkenaan ke dalam badan kita. Berkaitan dengan perkara ini, saya kerap mencuci tangn dengan sabun. Saya gunakan sabun dettol. Jika saya keluar rumah, mungkin ke bandar dan ke lain-lain lokasi, apabila sampai ke rumah pertama sekali yang saya lakukan ialah mencuci tangan dengan sabun.

Kini saya bawa bersama 70% alcohol solutions kemana jua saya pergi. Jika saya mengisi minyak kereta, selepas itu saya akan disinfect permukaan dan bahagian belakang tangan saya dengan semburan disinfectant tadi. Ingat pump minyak ini ramai dan pelbagai orang yang memegangnya. Atas ketidaktahuan/ketidakpastian ini saya guna disinfectant untuk tangan saya selepas mengisi minyak.




Baharu-baharu ini saya terpaksa menghadiri satu kursus di UniKL Gombak, selama dua hari. Terpaksa kerana telah menjelaskan pembayaran yuran kursus terlebih awal. Pada masa yang sama saya terpaksa menginap di Selesa Hills Janda baik, kerana saya tinggal di kampung yang agak jauh untuk sampai ke tempat kursus dalam tempoh yang sesuai. Menginap di hotel dalam bandaraya KL saya anggap amat berisiko tinggi.

Kita sedar bahawa bilik hotel di Selesa Hills ini telah di huni oleh pelbagai individu dan dari pelbagai tempat sebelum itu. Jadi saya mengambil beberapa langkah pencegahan (proaktif) seperti berikut:-

1. Disinfect kunci bilik,
2. Disinfect tombol pintu menggunakan tissu yang di spray 70% alcohol,
3. Lap meja menggunakan tissu yang dilembapkan dengan 70% alcohol,
4. Disinfect TV remote dengan kaedah yang sama,
5. Cawan minuman dan sudu saya disinfect dengan menggunakan air panas yang terdapat dalam bilik air,
6. Bahagian kerusi yang biasa dipegang penghuni juga saya disinfect.
7. Pengalas toilet bowl saya disinfect dengan menggunakan air panas juga.


                                                          Disinfect Kunci Bilik

                                                             Disinfect Tombol Pintu

                                                            Disinfect/Cuci Meja

                                                    Disinfect TV Remote Control


Saya sebenarnya telah membuat satu pelan tindakan, apa nak di buat bila sampai ke hotel, sebelum saya bertolak lagi. Lihat kertas perancangan saya saperti berikut.



                                                 Pelan tindakan setibanya di bilik hotel


Semasa berkursus, sesekali saya disinfect tangan saya.




Berkaitan social distencing pula, saya cuba elak ke premis/lokasi yang ramai orang. Jika boleh tidak berjabat tangan dengan rakan-rakan. Kalau ke supermarket saya cuba jauhkan diri daripada orang lain. Di sarankan sekurangnya 1 meter.

Saya setakat kebelankngan hari ini belum ada ke majlis perkahwenan lagi. Maklumlah cuti sekolah sudah bermula. Saya sedang memikirkan bagaimana tingkahlaku saya, jika saya terpaks pergi untuk mengurangkan risiko diri saya, almaklumlah faktor umur ni.

Buat sementara ini saya tidak memakai face mask. Nampaknya face mask ini sudah out of stock di pharmacy di lokasi saya.

Satu perkara lagi, saya telah berumur 65 tahun. Bermakna saya tergolong ke dalam kumpulan umur yang berisiko tinggi. Jadi amatlah penting bagi saya mengambil tindakan mencegah dari pendedahan kepada kuman ini. Mereka yang mempunyai masaalah saperti tekanan darah tinggi dan kencing manis juga berisiko tinggi. Jadi marilah kita sama-sama mengambil tindakan proaktif dalam hal ini.


Semoga Allah SWT melindungi kita semua. Aminnnn.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).