Tuesday, March 24, 2020

COVID-19 : Perhatikan BERAT BADAN anda dalam tempoh kawalan pergerakan sekarang.

Salam sejahtera,

Dalam tempoh kempen duduk dirumah sekarang, saya percaya keaktifan kita turut terhad. Bermakna jika kita teruskan cara makan seperti sebelum perintah kawalan dikenakan dahulu, berlaku kelebihan unsur makanan khususnya tenaga (energy). Lebihan ini kemungkinan besar akan disimpan sebagai lemak di dalam badan.

Tempoh masa dua minggu ini, bagi orang-orang yang tertentu, ketidakaktifan ini boleh menjadikan seseorang itu obes. Proses pengemukan ini akan menjadi masaalah yang lebih besar, jika tempoh kawalan pergerakan ini dilanjutkan kelak. Jadi berwaspadalah dan senantiasa perhatikan berat badan anda.


                                 Perhatikan Berat Badan Anda

Berikut adalah cadangan saya, bagi membantu menangani masaalah tersebut:-

1. Kurangkan makan carbohidrat kepada separuh, khususnya nasi.
2. Kurangkan gula dalam air minuman yang bergula,
3. Elakkan memakan makanan segera, yang mengandungi banyak garam, lemak dan carbohidrat.
4. Lebihkan memakan sayur-sayuran dan buahan.
5. Elakkan meminum air minuman dalam tin dan botol yang mana kandungan gulanya adalah tinggi.
6. Perbanyakkan meminum air suam.
7. Terbaik adalah dengan melakukan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
8. Bagi mereka yang memahami “puasa” daripada memakan karbohidrat untuk tempoh masa tertentu ( intermitant fasting ) elok mengamalkannya.
9. Senaman ringkas.



Jika kebanyakkan ahli keluarga mengamalkan perkara-perkara yang saya cadangkan di atas, pastinya banyak penjimatan bahan makanan dan kewangan juga boleh dilakukan, disamping menjaga berat badan masing-masing. Kesannya, tekanan terhadap bekalan makanan di pasar, pasar raya dan kedai serbaneka akan dapat dikurangkan. Kekerapan kita terpaksa keluar untuk membeli belah juga akan berkurangan. Bagi mereka-mereka yang terjejas sumber pendapatannya, akibah wabak pandemik Covid-19 ini,  sesuailah mengamalkan perkara-perkara tersebut.

Di dalam semua perkara ELAKKAN PEMBAZIRAN walau seulas nasi sekali pun. Didik anak-anak kita supaya mengambil makanan yang ia boleh habiskan sahaja. JIMAT SEBELUM HABIS.


Elakkan Pembaziran Makanan

Dalam banyak hal yang saya cadangkan tersebut, nampak mudah tetapai untuk melaksanakannya bukan satu perkara yang mudah juga. Jika sesuatu perkara itu bukan telah menjadi tabiat kita sebelum ini ( not in your subconcious mind), amat rumit hendak melakukan peruban tersebut. Jika kita tidak mengamalkan senaman sebelum ini, saya yakin kita tidak akan buat atau tidak buat secara berterusan perkara tersebut.

Mungkin elok saya menyatakan kebimbangan saya berkaitan hal ini, mungkin Covid-19 tidak melanda ramai orang (In sha Allah), tetapi kesan kepada kesihatan lain yang akan melanda dan memudaratkan ramai pihak, jika semua kita tidak cermat dan hat-hati dalam perkara ini. Awas selalu.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

No comments:

Post a Comment