Sunday, April 28, 2019

MUTIARA HARI INI

Salam hormat,


Saya ke kedai logam pagi hari ini. Tiba-tiba seorang pengunjung lelaki bertanya “ berapa dah umur abg?”. Saya jawab “ baru nak masuk 65 tahun”. “Saya sudah 70 tahun” katanya.

Saya lihat beliau yang agak sama tinggi dengan saya dan slim, terus bertanya “ apa rahsia abag?”. Berikut adalah beberapa kata-kata beliau menjawab pertanyaan saya tersebut:-



1. Pada umur 50 mula jaga makanan kita.
2. Beliau tidak makan daging ayam komersial ( broiler ), tetapi belaiu makan daging ayam kampung.
3. Sayur pun beliau makan sayur kampung dan ada juga yang sedikit ditanam sendiri,
4. Tidak pernah tidur petang,
5. Dipetang hari buat sedikit senamaan dan aktiviti fizikal. Semasa di kedai logam itu beliau membeli sabit menebas rumput dan sebatang batu pengasah.



Harap berfaedah,


Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).