Wednesday, December 25, 2019

BRASTAGI KE MEDAN



Tarikh: 29hb November, 2019

Bertolak dari hotel Sinabung Hills kira jam 10 pagi, kira jam 11 waktu Malaysia. Melalui beberapa kawasan perkebunan dan peternakan. Kawasan yang agak lebih tinggi daripada hotel kami menginap sebelum ini.

Kira setengah jam perjalannan, kelihatan satu kawasan milik pemerintah yang menjalankan penelitian pertanian. Di sekelilingnya banyak tanaman seperti strawberry, avokardo, carrot, ubi keledek, ubi kentang, terung china, bawang dan labu. Di ladang-ladang strawberry banyak papan tanda yang mengamalkan kegiatan pelancungannya dengaan konsep petik sendiri untuk para pelancung.


Tanaman Carrot

Satu-satunya projek tenusu juga ada di Brastagi. Menurut pemandu pelancung kami, rumput gajah adalah merupakan sumber makannan utamanya ternakan disini. Hasil tenusu dipasarkan ke Brastagi dan juga Medan.

Kami menuruni bukit dari Brastagi dengan melalui jalan yang bengkang bengkok serta penuh dengan kenderaaan untuk turun dan juga naik ke Brastagi. Kami melalui banyak perkampungan dalam perjalan menurun ke kota Medan.

Kira sampai ke pingir bandar Medan ada kelihatan sebuah rumah walit yang ada kelihatan walit/seriti yang berterbangan di atasnya. Maklumlah peminat walit, kemana pun dia pergi akan melihat  dan memerhati perkara ini.

Kami berhenti makan di sebuah restoren Minang di bandar Medan setelah melakukan perjalanan kira-kira 3 jam.

Di kota Medan ini kemudiannya kami di bawa melawat Istana Maimon. Satu istana milik keturunan raja Melayu Deli di Sumatra ini yang masih wujud sehingga ke hari ini, tetapi sudah tidak mempunya kuasa saperti raja-raja Melayu di Malaysia atau Berunai. Kami dibawa dan dipandu ke sekitaran dalam Istana (tingkat atas) oleh seorang pemandu pelancung yang amat berpengalaman mengenainya. Cerita berkaitan lawatan ke Istana ini akan saya tulis di halaman berikutnya nanti.


                                                      Istana Maimon



Kami bermalam di hotel Garudaplaza.

Selepas makan malam di satu restoren ayam penyet Cinderlara, kami dibawa ke satu kedai yang kegiatannya sejak dahulu lagi menjual buah durian sahaja kepada pengunjung. Sempat kami merasa sebutir durian tempatan dengan harga rph 70,000 . Kelihatan rami juga pengunjung yang berbangsa China yang datang memakan durian di sini. Kemudiannya kami juga singah di sebuah kedai buku GRAMEDIA untuk mendapatkan beberapa naskah buku, termasuk buku mengenai peternakan burung walit.








Semasa meronda-ronda disebelah malam di kota Medan ini tiada kedenganran bunyi ajukan suara walet dan disenja hari juga tiada kelihatan walit diudara. Menurut pemandu pelancung kami pihak pemerintah talah mengharamkan kegiatan menternak walit di dalam kota Medan.



Sekian.


Dr Azizol bin MOhd Sharun (DVM, MAgrS)

Saturday, December 14, 2019

SIMARJARUNJUNG KE BRASTAGI

Tarikh: 28hb November, 2019

Kami meneruskan perjalanan dari air terjun Si Piso-Piso menuju Brastagi. Di dalam perjalanan kelihatan banyak kegiatan pertanain di kiri dan kanan jalan dijalankan. Saya perhatikan tanah disini amat subur dan berwarna hitam. Banyak kawasan yang ditanam kobis, lobak merah, ubi kentang, bawang dan halia.

                                                     Tanaman Bawang
                                                     Tanaman Bawang

                                                            Astaka Kobis

PASAR BUAH DI BRASTAGI

Sebelum ke hotel penginapan kami singah di pasar buah Brastagi. Banyak buahan segar dijual disini. Kami sibuk mencari buah avocardo, salak dan mangga yang sesuai. Penawaran banyak sekali. Banyak buah limau langkat, pisang kaki, dan buah delima yang segar-segar dijual disini. Akhirnya kami beli 5 biji avokardo, 2 biji manga dan sekili limau langkat untuk makan di hotel.



                                                              Buah Avokardo

Sesiapa yang ke Brastagi, saya sarankan supaya datang melawat pasr ini dan fikirkan apa yang kita patut buat di negara kita dalam hal ini.

Cuaca di Brastagi nampaknya lagi sejuk daripada Parapat. Di sebelah pagi (8.00 pagi) anggaran saya suhu pada tahap 22 selsius mungkin lagi rendah dari itu.

Kami ditempatkan di hotel SINABUNG HILLS. Biliknya besar dan selesa. Kami makan malam dan sarapan esok harinya di hotel ini.


                                          Hotel Sinabung Hills

Di awal pagi kedengaran banyak burung layang-layang rumah beterbangan di bahagian belakang bilik kami menginap. Maklumlah peminat walit kan. Saya sempat membuat sedikit rakaman suara tersebut untuk kegunaan di masa yang akan datang.


Sekian, akan bersambung...



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Wednesday, December 11, 2019

PARAPAT KE SIMARJARUNJUNG

Tarikh: 28hb November, 2019

Selepas makan tengah hari di Parapat, juga di sebuah restoren Minang, kami menyusur tepi tasik/danau Toba untuk ke Simajarunjung. Jalan yang agak sempit dan berliku. Amnya kami masih di kawasan dataran tinggi. Di kiri kanan jalan kelihatan banyak tanaman seperti kopi dan koko.





                                                 Tanaman Kopi Di Kaki Lima Jalan


Kami singah di sebuah rumah rehat yang terletak di atas puncak bukit yang kadangkala diliputi awan. Begitulah tingginya puncak bukit ini. Saya terpaksaa menunggu awan-awan berlalu untuk merakamkan gambar rumah rehat ini. Cuaca sejuk sekali.








Kami sempat merasi secawan teh halia yang dicampurkan dengan serai, kayu manis dan bunga cengkih. Sedap rasanya. Dua cawan teh halia dan pisang goreng berharga Rph 35,000.00







Saya perhatikan banyak lokasi pengambaran, dipinggir jalan membelakangi tasik Danau Toba. Masyarakat, di sepanjang jalan ini mengambil kesempatan wujudnya keindahan Danau Toba untuk mencari/menambah pendapatan mereka. Sekali menggunakan kemudahan mereka untuk bergambar dikenakan Rph 5,000.000 seorang. Ada juga yang turut menyediakan kemudahan restoren dan bilik air. Mereka sedar bahawa semua pelancung yang lalu di sini memiliki talifon bimbit dan mahu selfee untuk meng-update FB masing-masing. Ha.ha..ha.


Air Terjun Si Piso-Piso

Kami berhenti seketika untuk melihat air terjun si Piso-Piso. Mengikut sejarahnya air terjun yang agak tinggi ini terjadi akibah mendapan lapisan tanah yang melibatkan sebatang sungai. Mendapan terjadi semasa kejadian letupan gunung berapi dan kejadian Danau Toba. Anggaran saya air terjun ini sekitaran 100 meter tingginya. Sekitaran tempat meletak kereta di sini, di sediakan banyak gerai cenderamata untuk mereka yang mengunjungi. Tiket masuk ke kwasan ini juga dikenakan sebanyak Rph 4,000.00/seorang.





Ramai juga anak-anak muda tempatan mengambil kesempatan diatas kedatangan para pengunjung dengan menyediakan perkhidmatan jurufoto.


Sekian, akan bersambung...



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MagrS).

Sunday, December 8, 2019

DARI PARAPAT KE PULAU SARMOSIR


Tarikh: 28hb November, 2019


Salam hormat,

Sarapan di hotel, secara buffet.

Bertolak ke jeti perlabuhan Ajibata untuk ke pulau Sarmosir. Dari pelabuhan ke pulau Sarmosir memakan masa 30 minit dengan menaiki mini feri.







Kami disembark di jeti khas untuk para pelancung. Kami terus dibawa ketempat pelancungan dimana terletaknya kebudayaan suku kaum Batak. Di lorong ke destinasi, seperti satu arked dan kira-kira 200 meter panjangnya, dipamirkan pelbagai barangan kraftangan tradisional Batak, bahan ukiran, kain tenunan Batak, rumah kediaman, dan sebuah museum Batak. Makam salah seorang daripada tiga raja juga terletak disini.





                                                             Museum Batak

Majoriti suku kaum Batak disini menganut ugama Kristian. Kelihatan beberapa gereja di sekitaran jeti pelancungan. Di antara kedai-kedai di sekitaran jeti, terdapat sebuah kedai yang menjual beras, termasuk beras perang tempatan. Beras perang tempatan dijual dengan harga Rph 18,000/segantang.

Menurut pemadu pelancung kami, hasil utama pulau Samosir ialah padi, kopi, lada hitam, pala dan perikanan. Pulau ini yang wujud hasil luahan gunung berapi yang akhirnya membeku menjadi pulau. Semestinya tanah di pulau ini amat subur.


Sempat saya perhatikan diudara kelihatan beberapa ekor burung walit atau seriti beterbangan, kerana saya tidak bersedia untuk membuktikannya dengan ujian suara.

Sekembalinya ke Parapat, kami makan tengah hari di salah sebuah kedai makan Minang yang menghidangkan hidangan nasi padang.

Sekian..akan bersambung..


Dr Azizol Bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

Friday, December 6, 2019

BANDARA KUALA NAMU KE PARAPAT

Salam hormat,

Tarikh: 27hb November, 2019

Tiba di bandar udara (bandara dalam bahasa Indonesianya) Kuala Nama kira jam 10.20 pagi waktu Malaysia.Di luar dewan ketibaan, kami ditunggu oleh bapak Salman, seorang ejen FELDA Travel di sini. Kami terus ke Parapat dengan menaiki Toyota Innova yang dipandu beliau. Peringkat mula melalui jalan bertol kemudian jalan biasa. Singah makan tengah hari di pekan Tebing Tinggi.






Dari Tebing Tinggi, perjalanan seterusnya memakan masa sejam lagi untuk sampai ke Parapat. Pekan Tebing Tinggi terkenal dengan lemangnya. Kelihatan di tepi-tepi jalan penguasa menjual lemang di bawah gerai-gerai kecil. Sama seperti lemang di Malaysia juga.

Daripada Bandara Kuala Namu, di sepanjang perjalanan kelihatan sawah yang terbentang luas, perladangan kelapa sawit dan getah. Ini adalah merupakan bidangusaha utama di sepanjang perjalanan tersebut. Daripada Tebing Tinggi jalan agak sempit dan apabila mula mendaki diperhatikan jalan agak bengkang bengkok.



Sekarang masuk ke musim panas. Dari sudut buahan pula adalah musim durian, terutamanya di pertengahan Disember nanti.

Di sepanjang perjalanan juga selain daripada masjid, banyak juga gereja kristian kelihatan.


BIDANGUSAHA PETERNAKAN BURUNG WALIT

1. Diperhatikan beberapa RBW di bandar-bandar yang dilalui,
2. Di kawasan persawahan juga kelihatan beberapa buah rumah burung walit,
3. Diudara tiada kelihatan burung walit terbang, saya perhati di beberapa lokasi disepanjang perjalanan ini.


Hotel Niagara

Kami ditempatkan di Niagara Hotel untuk bermalam. Katanya hotel terhebat di Parapat dan bertaraf 5 bintang. Terletak di atas bukit yang tinggi menghadap ke Tasik/Danau Toba. Permandangan ke arah tasik memang indah dan melegakan fikiran.




Kami disediakan sebuah bilik, dua katil, yang agak luas di tingkat dua bangunan utama hotel. Dari verandah bilik, saya dapat melihat beberpa pokok kurma dan ada beberapa pokok yang berbuah lebat. Mengikut pekerja hotel, itu bukan pokok kurma tetapi pokok Kenari. Tiada siapa yang tahu dengan tepat rupanya.



Menghadap ke main lobby juga kelihatan banyak bill board ucap selamat. Paparan-paparan ini dimiliki oleh kumpulan yang sedang menggunakan hotel ini bagi tujuan persidangan atau perjumpaan mereka atau pun bagi mereka yang mengadakan sesuatu majelis. Paparan ini akan berada dilokasi ini sehingga mereka tamat program.




Di dalam bilik ada beberapa soket letrik yang sama saperti di Malaysia. Ini memudahkan kami untuk charge telefon bimbit. Saya memang ada membawa satu soket mudahalih yang boleh digunakan untuk menyambung bekalan letrik Indonesia.

Cuaca di sini agak dingin, terutamanya di sebelah malam dan awal pagi. Pada hemat saya serupa dengan keadaan cuaca di Bukit Fraser. Makan malam dan sarapan pagi disediakan di hotel ini.

Di dalam penulisan berikutnya saya akan menceritakan perjalanan dari Parapat ke Pulau Sarmosir dan terus ke Simarjarunjung dan Brastagi...


Sekian,



Dr Azizol Bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).