Wednesday, December 11, 2019

PARAPAT KE SIMARJARUNJUNG

Tarikh: 28hb November, 2019

Selepas makan tengah hari di Parapat, juga di sebuah restoren Minang, kami menyusur tepi tasik/danau Toba untuk ke Simajarunjung. Jalan yang agak sempit dan berliku. Amnya kami masih di kawasan dataran tinggi. Di kiri kanan jalan kelihatan banyak tanaman seperti kopi dan koko.





                                                 Tanaman Kopi Di Kaki Lima Jalan


Kami singah di sebuah rumah rehat yang terletak di atas puncak bukit yang kadangkala diliputi awan. Begitulah tingginya puncak bukit ini. Saya terpaksaa menunggu awan-awan berlalu untuk merakamkan gambar rumah rehat ini. Cuaca sejuk sekali.








Kami sempat merasi secawan teh halia yang dicampurkan dengan serai, kayu manis dan bunga cengkih. Sedap rasanya. Dua cawan teh halia dan pisang goreng berharga Rph 35,000.00







Saya perhatikan banyak lokasi pengambaran, dipinggir jalan membelakangi tasik Danau Toba. Masyarakat, di sepanjang jalan ini mengambil kesempatan wujudnya keindahan Danau Toba untuk mencari/menambah pendapatan mereka. Sekali menggunakan kemudahan mereka untuk bergambar dikenakan Rph 5,000.000 seorang. Ada juga yang turut menyediakan kemudahan restoren dan bilik air. Mereka sedar bahawa semua pelancung yang lalu di sini memiliki talifon bimbit dan mahu selfee untuk meng-update FB masing-masing. Ha.ha..ha.


Air Terjun Si Piso-Piso

Kami berhenti seketika untuk melihat air terjun si Piso-Piso. Mengikut sejarahnya air terjun yang agak tinggi ini terjadi akibah mendapan lapisan tanah yang melibatkan sebatang sungai. Mendapan terjadi semasa kejadian letupan gunung berapi dan kejadian Danau Toba. Anggaran saya air terjun ini sekitaran 100 meter tingginya. Sekitaran tempat meletak kereta di sini, di sediakan banyak gerai cenderamata untuk mereka yang mengunjungi. Tiket masuk ke kwasan ini juga dikenakan sebanyak Rph 4,000.00/seorang.





Ramai juga anak-anak muda tempatan mengambil kesempatan diatas kedatangan para pengunjung dengan menyediakan perkhidmatan jurufoto.


Sekian, akan bersambung...



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MagrS).

No comments:

Post a Comment