Monday, October 4, 2021

MAKANAN YANG BERGORENG DENGAN MINYAK TIDAK BAIK PADA KESIHATAN


Salam hormat,


Dalam usaha saya mencari maklumat tentang kesan pemakanan terhadap kesihatan, saya temui banyak penulisan yang meyakinkan, bahawa makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak masak yang ada di pasaran hari ini adalah TIDAK BAIK pada kesihatan seseorang.


Amnya, minyak masak hari ini dihasilkan melalui banyak proses kimia dan pemanasan. Satu daripada kesan pemprosesan ini ialah penghakisan vitamin disamping pencemaran bahan kimia itu sendiri sewaktu pemprosesan dijalankan.


Salah satu sifat minyak masak, tak kira apa jenis sekali pun, ia mudah di oxsidised tambahan pula apabila minyak itu dipanaskan sewaktu kita mengoreng makanan. Memakan bersaama makanan yang di goreng yang mengandungi bahan yang dioksidised ini akan menjadi radikal bebas apabila diserap dan berada di dalam badan kita. Kita tahu yang radikal bebas ini merupakan bahan yang boleh menyebabkan radangan dalam tubuh badan, khususnya pada pembuluh darah.


Radangan pada pembuluh darah ini, boleh berakhir dengan terjadinya penyempitan dan lama ke lamaan menjadikan saluran pembuluh darah yang kecil ini tersumbat. Kesan jangka panjangnya banyak keadaan dan gejala kronik yang di hadapi ramai hari ini boleh dikaitkan dengan kaedah pemakanan yang bergoreng saperti yang saya terangkan di atas.


Sungguh pun badan kita menghasilkan antioksiden yang boleh membenteras radikal bebas ini, keupayaan badan kita kadangkala alah juga disebabkan terlalu banyak radikal bebas ini di makan dan berterusan sepanjang hari dan masa. Sarapan pagi bergoreng, makan tengah hari juga bergoreng dan apatah lagi makan malam dengan memakan makanan segera yang banyak kita dapati hari ini. Faktor usia yang terus meningkat juga akan mengurangkan keupayaan badan seseorang dalam menghasilkan antioksiden yang mencukupi.


Sebelum terlambat, marilah kita sama-sama, paling kurang mulai hari ini MENGURANGKAN perlahan-lahan memakan makanan yang bergoreng ini. Cuba jarakkan pembelian makanan yang bergoreng daripada bazar/pasar malam dan makanan segera.


Sebagai satu pilihan untuk mengoreng makanan di rumah, cubalah beralih daripada menggunakan minyak masak kepada penggunaan minyak sapi atau pun butter. Alternatif ini bukanlah sesuatu yang juga murah. Jika tidak dapat di elakkan langsung, gunalah minyak kepala. Saya sedar agak sukar hari ini untuk kita mendapatkan minyak kelapa. Tetapi anda suri rumah boleh membuatnya sendiri.


Akhir kata, saya mengajak anda semua di luar sana supaya mengkaji dengan lebih mendalam hal ini, kemudian buatlah perubahan demi menjaga kesihatan kita dan ahli keluarga di masa hadapan.


Mengelak adalah pilihan yang lebih baik dan murah daripada merawat penyakit kronik saperti kegemukkan (Obesity).



Sekian, harap bermunafaat.




Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)