Thursday, November 7, 2019

BUKIT FRASER 2019 NOVEMBER 02HB


Salam hormat,


Terakhir saya naik ke Bukit Fraser kira-kira 25 tahun yang silam.

Seingat saya, terakhir saya ke sini kira-kira 25 tahun yang silam. Pada ketika itu hanya satu jalan sahaja untuk naik ke puncak Bukit Fraser ini. Jadi kalau nak naik ketika itu kenalah tunggu giliran. Untuk naik telah ditetapkan waktu ganjil. Misalnya jam 5, 7, 9 dan sebagainya. Waktu genap untuk mereka berkereta turun ke GAP pula.

Susah juga nak ingat jadual ini. Ada kawan beri satu idea masa itu macamana nak ingat jadual ni. Ingat minuman 7UP katanya. Sampai ke hari ini saya ingat.

Sekarang sudah ada dua laluan berasingan untuk turun dan naik.

Sekarang sudah ada dua lalun yang berasingan. Jalan yang dahulu digunakan untuk kereta naik daripada GAP dan jalan yang lagi satu hanya untuk turun sahaja. Jalan ini agak lebih jauh sedikit tetapi ok. Jadi senanglah sekarang dan tak perlu lagi menunggu giliran untuk turun atau pun naik ke Bukit Frasers.

Tahap kedinginan masih sama.

Tidak ketara perubahan landscape atau hutan yang terdapat di atas bukit peranginan ini. Seingat saya hampir sama dengan keadaan kira-kira 25 tahun yang silam. Diawal pagi, kira jam 8.30 pagi, bacaan suhu di pintu lobby hotel Shahzan Inn menunjukkan 20 darjah selsius. Masih dingin.




Aras ketinggian dari paras laut tidak diperlihatkan.

Saya cuba mencari satu mercu tanda yang menunjukkan ketinggian puncak bukit ini. Nak bergambarlah kononnya, tetapi tidak kelihatan. Kalau diikutkan banjaran pergunungan ini, ia terletak dipertengahan Genting dan Cameron Highlands. Anggaran saya sekitaran 2,000 meter agaknya.


Sinario pemandangan yang tidak banyak berubah

Pemerhatian saya Bukit Frasers tidak banyak berubah. Berikut beberapa gambar yang menampakkan gambaran berkenaan.








Kegiatan pelancongan.

Selain dari cuaca yang nyaman, Bukit Frasers merupakan tempat melihat burung-burung, bagi mereka yang mempunyai minat bird watching. Mereka yang berminat untuk bermain golf, tersedia kelab golf Bukit Frasers. Sukan menungang kuda juga ada. Disekitaran bukit ini terdapat beberapa lokasi air terjun dan lalun tracking ke dalam hutan.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)