Sunday, December 8, 2019

DARI PARAPAT KE PULAU SARMOSIR


Tarikh: 28hb November, 2019


Salam hormat,

Sarapan di hotel, secara buffet.

Bertolak ke jeti perlabuhan Ajibata untuk ke pulau Sarmosir. Dari pelabuhan ke pulau Sarmosir memakan masa 30 minit dengan menaiki mini feri.







Kami disembark di jeti khas untuk para pelancung. Kami terus dibawa ketempat pelancungan dimana terletaknya kebudayaan suku kaum Batak. Di lorong ke destinasi, seperti satu arked dan kira-kira 200 meter panjangnya, dipamirkan pelbagai barangan kraftangan tradisional Batak, bahan ukiran, kain tenunan Batak, rumah kediaman, dan sebuah museum Batak. Makam salah seorang daripada tiga raja juga terletak disini.





                                                             Museum Batak

Majoriti suku kaum Batak disini menganut ugama Kristian. Kelihatan beberapa gereja di sekitaran jeti pelancungan. Di antara kedai-kedai di sekitaran jeti, terdapat sebuah kedai yang menjual beras, termasuk beras perang tempatan. Beras perang tempatan dijual dengan harga Rph 18,000/segantang.

Menurut pemadu pelancung kami, hasil utama pulau Samosir ialah padi, kopi, lada hitam, pala dan perikanan. Pulau ini yang wujud hasil luahan gunung berapi yang akhirnya membeku menjadi pulau. Semestinya tanah di pulau ini amat subur.


Sempat saya perhatikan diudara kelihatan beberapa ekor burung walit atau seriti beterbangan, kerana saya tidak bersedia untuk membuktikannya dengan ujian suara.

Sekembalinya ke Parapat, kami makan tengah hari di salah sebuah kedai makan Minang yang menghidangkan hidangan nasi padang.

Sekian..akan bersambung..


Dr Azizol Bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

No comments:

Post a Comment