Saturday, March 28, 2020

COVID-19: Beza antara 70% Alcohol dengan 90% Alcohol


Salam sejahtera,


Mungkin ada faedahnya saya menerangkan beza antara kedua-dua kepekatan bahan disinfectant/antiseptic ini, supaya kita jangan dikelirukan oleh mana-mana pehak yang suka mengambil kesempatan, khususnya dalam era pandemic Covid-19 sekarang.

Amnya ke dua-dua bahan ini mengandungi isopropyl (atau ethyl) alcohol yang dicampurkan dengan air, cuma pada peratusan komposisi air yang berbeza.

Bahan 70% alcohol mengandungi 30% air, manakala 90% alcohol pula mengandungi 10% air.

Kos/harga 70% Alcohol lebih murah.

Kandungan air didalam bancuhan kedua-dua bahan disinfectant ini diperlukan untuk membantu (catalyst) kepada proses kimia semasa pemusnahan (denaturing) sel-sel virus oleh alcohol. Maknanya kandungan air ini diperlukan untuk keberkesananya. 

Pada kepekatan 70%, air di dalam bancuhan ini membantu melambatkan proses pengwapan alcohol tadi oleh yang demikian ia mampu memberikan masa lebih lama bagi alcohol yang ada untuk bertindak pada seluruh bahagian sel virus yang terkena dan mematikan sel-sel virus berkenaan.

Manakala pada tahap kepekatan 90% alcohol pula, apabila digunakan ia akan mengwap (vapourized) ke udara lebih cepat. Dengan itu alcohol  hanya sempat (ada masa yang sedikit) untuk reaksi kimia (denaturing) terhadap lapisan luar viral protein dan tidak mampu/sempat untuk menjejaskan RNA/DNA virus. Virus-virus ini jika diberikan masa dan keadaan yang sesuai dimasa yang akan datang, ia mungkin boleh aktif semula. Maknanya ia tidak mati sepenuhnya jika kita mengunakan 90% kepekatan alcohol sebagai bahan disinfectant/antiseptic.

Kajian telah mendapati pada kadar kandungan air 30%, yang biasa kita kenali sebagai 70% alcohol, adalah yang paling berkesan untuk membunuh sel-sel virus, termasuk cirus covid-19.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

No comments:

Post a Comment