Saturday, April 4, 2020

COVID-19: Apabila keluar rumah atau ke tempat awam, kena pakai penutup mulut & hidung (face mask) atau pun tidak?



Salam hormat,


Saya akan pakai, in sha Allah.






Saya juga mengajak anda supaya berbuat demikian. Jika tidak ada penutup mulut & hidung ini kerana kedai ubat kehabisan stok, saya cadangkan cuba buat sendiri di rumah. Saya lihat telah banyak inovasi di dalam internet berkaitan perkara ini.

Tahap kefahaman saya mengenai penyakit ini, dan setelah melihat banyak perkembangan di beberapa buah negara yang sedang mengalami pendemic ini, pemakaian face mask ini  sedikit sebanyak akan membantu mengekang penularan virus covid-19. Maknanya anda berkemungkinan besaar boleh mengurangkan jangkitan kepada diri anda sendiri. Anda TIDAK AKAN RUGI APA-APA jika memakainya, bahkan boleh mengurangkan sedikit risiko kepada diri anda masing-masing.

Sebab utama kenapa saya mengajak anda diluar sana memakai face mask, terutamanya apabila ke tempat awam seperti ke emporium/supermarket, premis ATM, dan ke stesyen-steysen minyak, ialah kerana terdapat kira-kira 25% daripada jumlah mereka yang telah dijangkiti virus ini tidak menunjukkan sebarang gejala dan mereka lebih dikenali sebagai asymptomatic carriers. Dalam banyak hal mereka sendiri tidak menyedari perkara ini. Mereka ini turut keluar ke tempat awam atas sebab yang pelbagai dan pada masa yang sama menyebarkan virus di lokasi-lokasi yang mereka kunjungi. Jadi untuk keselamatan diri kita eloklah memakai topeng muka ini apabila keluar rumah.

Tambahan kepada sebab di atas, baru-baru ini pada 03/04/20 di Amerika Syarikat telah banyak diperkatakan bahawa kuman covid-19 ini boleh tersebar dan menjangkiti orang lain hanya melalui pernafasan biasa. Sebelum ini saya ketahui jangkitan boleh berlaku hanya apabila pesakit atau asymptomatic carrier tadi batuk atau pun bersin sahaja. Sekarang jika kita hanya berbual dalam tempoh 10 ke 15 minit dengan seseorang yang asymptomatic, kita boleh dijangkiti. Ini adalah merupakan fakta terbaharu kepada saya dan kenapa saya mengajak anda supaya memakai topeng muka apabila keluar rumah, terutamanya ke tempat-tempat awam.

Apabila kita teliti pula fakta wabak di Malaysia, saya khususnya mengikuti perkembangan di N. Sembilan, saya perhatikan sehingga 02/04/20 masih terdapat pertambahan kes baharu dilaporkan oleh KKM. Oleh kerana masa telah berlalu agak lama juga, saya syak ada penularan yang berpunca daripada pembawa kuman asymptomatic ini yang masih belum dikesan KKM. Mungkin mereka ini yang berada pada tahap (level) yang bergenerasi jauhnya daripada kluster asal di mana ahli kumpulan Tabliq telah dikaitkan sebelum ini. Lihat gambar berikut.




Saya berharap usaha ini dapat membantu mengekang penularan covid-19. Dalam apa jua keadaan, terbaik adalah dengan tinggal di rumah masing-masing sahaja.


Sekian,




Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MagrS).

No comments:

Post a Comment