Wednesday, April 15, 2020

COVID-19 : MEREKA YANG DI BARISAN HADAPAN


Salam sejahtera,


Siapa yang dimaksudkan di barisan hadapan dalam konteks pendemik virus covid-19 sekarang? Biasanya dan yang selalu digembar-gemburkan oleh pihak TV, mungkin juga oleh akhbar-akhbar, sebagai barisan hadapan ialah mereka-mereka yang terlibat secara terus dengan pengendalian, rawatan dan penjagaan pesakit covid-19 di hospital-hospital atau klinik. Mereka ini senantiasa di ancam jangkitan kerana kekerapan pendedahan semasa mereka bertugas.

Hari ini di dalam keadaan yang kurang menentu, elok kita semua menyamakan virus covid-19, dengan individu itu sendiri. Mereka inilah (manusia) yang membawa kuman ini kemana sahaja mereka pergi. Penting kita melihat sebegini oleh kerana kita tidak dapat melihat virus berkenaan, dan kita juga tidak dapat tahu siapa pembawa kuman (asymptomatic carrier) ini. Di negara-negara tertentu ada yang menyebut peratusan asymptomatic carrier ini boleh sampai setinggi 40%.

Untuk keselamatan diri kita, dan sebagaai satu strategi penting untuk elak jangkitan, sesuai untuk kita mengangap individu yang tidak duduk dirumah itu semuanya berpotensi sebagai asymtimatic carrier. Dengan mengangap sedemikian kita akan bertindak lebih hati-hati dan cermat dalam semua aktiviti harian dan melakukan yang terbaik untuk mengelakkan penularan kepada diri kita dan ahli keluarga. Misalnya, apabila kita ke supermarket, terlebih dahulu kita sediakan senarai barang yang hendak dibeli, pakai penutup muka (face mask) semasa berada di dalamnya serta meringkaskan masa di dalam supermarket tersebut dan segera balik. Setibanya di rumah kita akan tangalkan semua pakaian dan mandi, sebelum kita mengambil tindakan untuk bersama dengan ahli keluarga. Pakaian tadi terus dicuci. Maknanya kita tidak akan memandang ringan/remeh dengan adanya mereka yang kelihatan sehat di dalam supermarket semasa kita membeli-belah tadi.

Berikutan keterangan saya di atas, makna mereka yang dibarisan hadapan itu lebih luas. Ini termasuklah mereka-mereka yang menjaga kounter (cashier) di pasaraya. Di Amerika Syarikat baharu-baharu ini, telah berlaku jangkitan kepada seorang cashier kulit hatam yang umurnya dalam lingkungan duapulohan dan sehat sebelum itu. Beliau akhirnya telah meningal dunia disebabkan Covid-19.

Jadi dimana jua lokasi yang menjadi tumpuan ramai individu (dan saya samakan setiap individu itu dengan potensi asymtomatic sebelum ini) adalah juga merupakan di barisan hadapan. Ini termasuklah mereka yang mengawasi sekatan jalan raya (polis dan tentera). Mereka yang melayani pelanggan di bank-bank. Pemilik kedai runcit termasuk juga yang di pasar-pasar awam adalah di barisan hadapan. Mereka yang memberikan perkhidmatan kounter, seperti di pejabat-pejabat pos dan premis pembayaran bil-bil yang lain. Pada hemat saya mereka-mereka yang menjalankan aktiviti penjagaan golongan tua di rumah-rumah kebajikan juga termasuk sebagai golongan barisan hadapan.

Bagi semua mereka ini, saya mengajak anda supaya mengambil satu tindakan yang palaing baik lagi cermat untuk mengurangkan pendedahan diri masing-masing kepada jangkitan. Persiapan diri sebelum ke lokasi/kounter, penjarakan diri semasaa bertugas, dan tindakan pembersihan yang betul semasa pulang ke rumah perlu diambil. In saha Allah kita semua dilindungiNYA.



Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

No comments:

Post a Comment