Thursday, April 9, 2020

COVID-19 : DUNIA HAMPIR BERHENTI SEPENUHNYA


Salam sejahtera,


Hari ini hampir seluruh dunia sedang menjalani larangan pergeraakan. Akibahnya, hampir semua aktiviti/budaya manusia juga turut terhenti dan terjejas teruk. Sebagai contoh, sebelum ini di ruang udara sekitaran rumah saya, kerap kelihatan/kedengaran bunyi kapalterbang lalu melintasi ruang udara. Kini sunyi dan sudah hampir tidak kelihatan/kedengan lagi.

Di Malaysia juga kita sedang menjalani larangan pergerakan sehingga 14hb April, 2020. Jika penularan masih tidak terkawal, PKP mungkin akan dilanjutkan. Sampai bila? Tiada siapa yang boleh memberikan satu jawapan yang tepat setaakat hari ini. Kalau kita teliti apa yang berlaku di negara China, gelombang kedua wabak boleh berlaku dan mereka amat berhati-hati mengenainya sekarang, walau pun larangan pergerakan amnya telah ditarik balik di Wuhan.

Saya berpandangan agak sukar dan tidak akan berlaku dalam masa terdekat, kembalinya ke keadaan sebelum pendemic ini berlaku. Aktiviti-aktiviti seperti pertandingan bola sepak, misalnya, akan hilang buat seketika. Demikian juga dengan palbagai aktiviti kesukanan yang lain. Peradaban kita di tempat membeli belah juga turut akan berubah. Semalam di satu pasar mini, ketika hendak memasuki premis kedai telah mula dilakukan pemantauwan suhu badan pengunjung dengan menggunakan leaser thermometer, kemudian diberikan satu kad untuk masuk. Tujuan kad adalah untuk menghadkan jumlah pembeli di dalam mini market ini pada satu-satu masa. Baguslah begitu. Tetapi apakah perbuatan seperti yang saya ceritakan ini akan menjadi satu SOP di semua premis membeli belah di masa yang akan datang?

Budaya makan di restoren, termasuk restoren makanan segera, juga turut akan berubah. Kenduri dan majlis perkahwenan akan turut hilang buat seketika. Bazar ramadhan juga. Pendek kata hampir kesemua aktiviti kehidupan kita akan berbeza selepas ini.

Sementara itu, saya mengajak pihak-pihak yang tertentu, dalam tempoh masa yang ada ini, memberikan sedikit masa untuk memikirkan bagaimana setiap aktiviti harian masyarakat selepas ini akan berjalan. Boleh dikatakan satu perancangan keluar (exit plan) mungkin perlu dirangka sekarang. Saya sedar perancangan yang dimaksudkan bukanlah satu perkara yang mudah. Namun rakyat jelata memerlukan satu garis panduan baharu (mungkin) di dalam setiap aktiviti harian yang mereka perlu jalani selepas ini. Terutamanya dalam tempoh keluar daripada cengkaman pendemic ini.

Satu budaya/aktiviti harian yang berjalan di dalam masyarakat kita ialah persekolahan anak-anak. Bagaimanakah agaknya aktiviti ini akan berjalan atau tidak berjalan di masa yang akan datang. Apakah anak-anak kita ke sekolah, setiap mereka kena pakai topeng muka? Apakah masa setiap sessi kelas akan dihadkan? Bagaimanakah penjarakan meja pelajar? Meja-meja perlu di susun semula bagi membantu mengekang penularan penyakit covid-19. Palbagai perihal yang berkaitan perlu di senarai dan di fikirkan bersama. Apakah kaedah pembelajaran jarak jauh melalui internet dan komputer akan di laksana dan dikembangkan? Kesemua proses transformasi ini , jangan dilupakan, kesemuanya memerlukan satu keperluan kewangan (bajet) yang agak besaar. Mampukah negara memikul beban ini? Sama-samalah kita lihat nanti.

Apakah kita semua telah bersedia untuk berubah dan melalui satu keaadaan yang berbeza ini nanti? Jika kita tidak berbuat sesuatu, mungkin akan ada pihak yang akan membuat ketetapan dan menetapkan sesuatu tatacara dan memaksa kita jadi pengikut mereka. Apakah kita mahu sedemikian?

Dalam sa’at-sa’at genting sebegini satu perkara yang saya fikirkan mustahak ada, ialah KEPIMPINAN dipelbagai tahap kehidupan masyarakat. Diperingkat IMAM Masjid misalnya, belaiau perlu berilmu berkaitan penyakit ini dan dengan itu nanti beliau mampu menerajui kariah masing-masing bagaimana perjalanan aktiviti berjemaah patut di lakukan atau tidak boleh dilakukan selepas ini. Apakah selamat dan boleh dijalankan ibadah sembahyang Tarawikh di masjid masing-masing. Apakah perlu diringkaskan jumlah rakaatnya? Banyak lagi persoalan yang perlu dijawab.

Di peringkat keluarga pula, para bapa tidak boleh lari dari tuntutan kepimpinan ini. Beliau perlu merangkan dan mencorakkan tingkah laku ahli keluarga di dalam semua aktiviti harian. Cara pergaulan perlu di kawal dan mengamalkan beberapa amalan baik kesihatan untuk menjamin ahli keluarga selamat disamping boleh meneruskan kehidupan ini dengan sempurna. Mungkin pemakaian topeng muka akan menjadi salah satu keperluan apabila mana-mana ahli keluarga terpaksa keluar ke tempat awam. Para bapa terpaksa berbincang dengan isteri masing-masing dan membuat ketetapan makna satu keperluan atau mustahak. Sebagai contoh, apakah balik ke kampung di hari raya satu keperluan? Apakah berjimat cermat misti dilakukan setiap masa?

Walahbagaimana pun, kita sebagai umah Islam proses social engineering ini saya yakin akan berpaksikan ajaran agama di sepanjang masa. Namun demikian adaptasi boleh dan telah berlaku apabila kepenting umah diambilkira. Sekarang kita lihat kerajaan Arab Saudi telah memberhentikan/membekukan aktiviti umrah manakala ibadah haji yang akan datang pula masih belum lagi dapat ditetapkan sama ada akan diteruskan atau pun tidak. Begitulah drastik sekali proses adaptasi ini terpaksa dilakukan oleh kepimpinan berkenaan demi kepentingan ummah.




Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

No comments:

Post a Comment