Saturday, March 14, 2020

COVID-19 : Tanggung jawab kita semua BERSAMA.



Salam hormat,

Badan Kesihatan Sedunia (WHO) baharu-baharu ini telah mengistiharkan wabak Covid-19, yang melanda hampir seluruh dunia hari ini sebagai satau pandemic. Senario pandemic ini lebih bahaya daripada keadaan wabak epidemic dan juga endemic.

Bagi saya, amat penting semua kita melihat perkara ini dengan amat serius dan teliti sekali.

Saya mengamalkan beberapa strategi dan kaedah, dan mungkin anda diluar sana boleh guna-pakai juga, bagi mencegah terkenanya jangkitan penyakit ini. Amalan kaedah-kaedah ini bukanlah satu garenti kepada seseorang supaya tidak boleh dijangkiti kuman tersebut. Berikut adalah cara saya:-

1. Rehat secukupnya dan kurangkan stress,
2. Mengamalkan pemakanan yang terbaik ( good nutritions),
3. Senantiasa mengamalkan kebersihan diri, terutamanya tangan, dan
4. Mengamalkan social distancing.

Terpenting berkaitan perkara-perkara di atas ialah PROAKTIF dalam semua tindakan kita. Maksudnya BERMULA SEKARANG. Maksudnya juga jangan bila penyakit sudah berada di depan pintu rumah kita, baharulah kita tergesa-gesa hendak berbuat sesuatu.

Rehat, seperti tidur, perlu cukup. Keadaan stress akan melemahkan sistem pertahanan badan seseorang. Dengan keadaan ini individu akan mudah dijangkiti kuman penyakit, termasuk covid-19.

Antibody yang dihasilkan oleh badan, yang telah diransang oleh kemasukkan sesuatu kuman penyakit, adalah sejenis protin. Maka adalah penting kita melihat kualiti makanan yang kita makan setiap hari. Seharusnya perkara ini senantiasa menjadi tumpuan dalam pemakanan kita seharian, bukan sahaja di saat genting seperti sekarang. Tetapi belum terlewat. Good nutririons juga merupakan perkara penting yang saya senantiasa lihat sewaktu mengambil sebarang makanan.

Saya juga mengamalkan memakan makanan tambahan seperti Vitamin C setiap hari, bagi membantu mengukuhkan sistem pertahanan badan saya.

Mungkin ramai di antara kita kurang sedar akan kepentingan kebersihan tangan kepada diri seseorang. Tangan kitalah yang membawa kuman ke permukan mukosa (mucous membrane) anggota badan kita seperti mata, dalam hidung dan juga mulut. Maknanya, kitalah secara tidak sengaja memasukkan kuman berkenaan ke dalam badan kita. Berkaitan dengan perkara ini, saya kerap mencuci tangn dengan sabun. Saya gunakan sabun dettol. Jika saya keluar rumah, mungkin ke bandar dan ke lain-lain lokasi, apabila sampai ke rumah pertama sekali yang saya lakukan ialah mencuci tangan dengan sabun.

Kini saya bawa bersama 70% alcohol solutions kemana jua saya pergi. Jika saya mengisi minyak kereta, selepas itu saya akan disinfect permukaan dan bahagian belakang tangan saya dengan semburan disinfectant tadi. Ingat pump minyak ini ramai dan pelbagai orang yang memegangnya. Atas ketidaktahuan/ketidakpastian ini saya guna disinfectant untuk tangan saya selepas mengisi minyak.




Baharu-baharu ini saya terpaksa menghadiri satu kursus di UniKL Gombak, selama dua hari. Terpaksa kerana telah menjelaskan pembayaran yuran kursus terlebih awal. Pada masa yang sama saya terpaksa menginap di Selesa Hills Janda baik, kerana saya tinggal di kampung yang agak jauh untuk sampai ke tempat kursus dalam tempoh yang sesuai. Menginap di hotel dalam bandaraya KL saya anggap amat berisiko tinggi.

Kita sedar bahawa bilik hotel di Selesa Hills ini telah di huni oleh pelbagai individu dan dari pelbagai tempat sebelum itu. Jadi saya mengambil beberapa langkah pencegahan (proaktif) seperti berikut:-

1. Disinfect kunci bilik,
2. Disinfect tombol pintu menggunakan tissu yang di spray 70% alcohol,
3. Lap meja menggunakan tissu yang dilembapkan dengan 70% alcohol,
4. Disinfect TV remote dengan kaedah yang sama,
5. Cawan minuman dan sudu saya disinfect dengan menggunakan air panas yang terdapat dalam bilik air,
6. Bahagian kerusi yang biasa dipegang penghuni juga saya disinfect.
7. Pengalas toilet bowl saya disinfect dengan menggunakan air panas juga.


                                                          Disinfect Kunci Bilik

                                                             Disinfect Tombol Pintu

                                                            Disinfect/Cuci Meja

                                                    Disinfect TV Remote Control


Saya sebenarnya telah membuat satu pelan tindakan, apa nak di buat bila sampai ke hotel, sebelum saya bertolak lagi. Lihat kertas perancangan saya saperti berikut.



                                                 Pelan tindakan setibanya di bilik hotel


Semasa berkursus, sesekali saya disinfect tangan saya.




Berkaitan social distencing pula, saya cuba elak ke premis/lokasi yang ramai orang. Jika boleh tidak berjabat tangan dengan rakan-rakan. Kalau ke supermarket saya cuba jauhkan diri daripada orang lain. Di sarankan sekurangnya 1 meter.

Saya setakat kebelankngan hari ini belum ada ke majlis perkahwenan lagi. Maklumlah cuti sekolah sudah bermula. Saya sedang memikirkan bagaimana tingkahlaku saya, jika saya terpaks pergi untuk mengurangkan risiko diri saya, almaklumlah faktor umur ni.

Buat sementara ini saya tidak memakai face mask. Nampaknya face mask ini sudah out of stock di pharmacy di lokasi saya.

Satu perkara lagi, saya telah berumur 65 tahun. Bermakna saya tergolong ke dalam kumpulan umur yang berisiko tinggi. Jadi amatlah penting bagi saya mengambil tindakan mencegah dari pendedahan kepada kuman ini. Mereka yang mempunyai masaalah saperti tekanan darah tinggi dan kencing manis juga berisiko tinggi. Jadi marilah kita sama-sama mengambil tindakan proaktif dalam hal ini.


Semoga Allah SWT melindungi kita semua. Aminnnn.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

No comments:

Post a Comment