Thursday, September 9, 2021

Garam Himalayan Rock Salt Lebih Baik Untuk Kesihatan?

Salam hormat,


Masa saya kecil-kecil dahulu, tahun 60han, kami dikampung menggunakan garam kasar untuk semua jinis masakan. Sekarang jarang kita jumpa garam ini digunakan. Banyak digunakan hari ini ialah garam halus yang putih bersih. Menurut ceritanya garam ini telah melalui beberapa proses “pembersihan” yang mana kesannya hanya tingal garam sodium chloride (NaCl) sahaja. Garam halus lain (trace minerals) telah hilang dalam proses berkenaan.

Melalui kajian dan selidekaan saya, badan kita memerlukan 60 jenis garam galian setiap hari, dalam nisbah yang betul serta mengikut berat badan seseorang, untuk terus kekal sihat. Garam putih yang kita gunakan hari ini hanya dapat memberikan dua jenis galian sahaja, iaitu sodium dan chlorine.

Seseorang itu juga boleh mendapat beberapa jenis garam galian dengan makan sayuran hijau, atau bijirin tertentu seperti badam (almonds), biji gajus, kekacang (sayur), biji labu, pistachoes, kacang tanah, wall nuts, sayuran buah seperti carrot (lobak) dan beberapa sumber tanaman lain. Tetapi amalan pemakanan kita seharian berkaitan jinis makanan di atas tidak dapat memberikan garam galian yang mencukupi.

Saya mendapati garam jenis Himalayan Rock Salt, yang berwarna merah keperangan ( gambar di bawah ) mungkin merupakan satu pilihan terbaik untuk anda. Harganya sedikit mahal, tetapi ia juga mengandungi banyak galian serta trace minerals yang badan kita perlukan.



Sungguh pun kadar penyerapan garam termasuk trace minerals daripada garam Himalayan Rock Salt ini kadangkala rendah berbanding dengan penyerapan garam yang diperolehi daripada sumber tanaman, tetapi kita menggunakanya banyak kali dalam sehari. Saya percaya ia sekurangnya dapat membantu.

Keluarga saya telah beralih kepada penggunaan garam ini beberaapa bulan yang lepas. Kesannya tidaklah ketara, saya percaya dengan memberikan satu tempoh masa yang lama, ia boleh memberikan sedikit perubahan kepada kesihatan seseorang. Bagi mereka yang ingin mencuba garam ini, saya cadangkan buatlah sedikit kajian mengenainya kemudian buat keputusan. Jika di dapati lebih baik, jangan lupa kongsi maklumat dengan yang lain.


Selamat mencuba.


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS). 

No comments:

Post a Comment