Friday, October 25, 2019

AMALAM MEMINUM LEMON PASTE MEMBANTU KAWAL DAN STABILKAN GULA DALAM DARAH

Salam hormat,

Di dalam beberapa siri penulisan ini saya akan berkongsi pengalaman mengenai perkara ini.

Sejarah

Saya telah dikenalpasti pada tahun 80han sebagai salah seorang yang telah berada di dalam keadaan diabetic. Ketika itu saya berumur dalam lingkungan 40han. Pada masa yang sama saya berubat dengan seorang doktor pakar di Klinik Pakar Tawakal Kuala Lumpur.

Doktor pakar saya hanya berikan saya satu ubat yang dinamakan gilbernclamyde (DAONIL), untuk di makan satu tablet (5mg) sekali dalam sehari. Di sepanjang saya berubat dengan doktor pakar ini itulah ubat yang saya makan, sehinggalah sekarang (2019). Sepanjang saya memakan ubat ini bacaan gula saya tidak pernah turun ke paras bawah daripada 7mm/L.





Terus cari ilmu berkaitan dan testimoni di internet.

Pada awal tahun 2019, saya buat keputusan akan terus mencari kaedah bagaiman kandungan gula ini boleh diturunkan dan terkawal. Banyak penulisan ilmiah, hasil penyelidekan pakar-pakar dan juga video yang telah saya baca dan tontoni. Sehinggalah pada bulan April 2019, saya bertemu dengan satau testimoni video u-tube yang memberitahu pengalaman beliau, seorang wanita Amerika Syarikat, di mana beliau telah mampu menurunkan kandungan gula di dalam darahnya dengan mengamalkan meminum sedikit lemon paste setiap pagi. Dalam siri berikutnya nanti saya akan ceritakan bagaiman kami buat lemon paste ini.

Amalan meminum 2 kiub lemon paste setiap pagi

Di awal percubaan ini, saya telah mengambil bacaan gula di dalam darah. Apa yang saya buat ialah, saya cairkan dua kiub lemon paste ke dalam segelas air suam. Setelah di kacau sehingga cair, saya minum air tersebut sehingga habis. Saya minum air ini semasa perut masih kosong. Maknanya inilah air minuman yang pertama saya minum di sebelah pagi, setengah jam kemudian baru saya bersarapan.

Saya mula amalkan meminum lemon paste ini setiap pagi, pada 14hb May, 2019 lalu.

Penurunan bacaan gula mula kelihatan setelah mengamalkannya selama dua minggu.

Pengalaman saya mendapati bacaan gula di dalam darah saya telah mula menurun selepas saya mengamalkannya selama 2 minggu. Saya lakukan saringan gula di dalam darah setiap minggu setelah memulakan amalan ini. Jika anda yang cuba mengamalkannya dan tiada kelihatan kesan selepas dua minggu jangan berhenti. Teruskan sehingga berjaya. In sha Allah.

Gambaran kesan ke atas bacaan gula dalam darah saya.

Berikut saya serta gambar yang menunjukkan penurunan kandungan gula tersebut. Untuk makluman anda semua bacaan gula ini di lakukan pada jam yang hampir sama pada hari-hari berkaitan apabila membuat saringan/bacaan.





Sekian, selamat mencuba.



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS).

No comments:

Post a Comment