Monday, February 5, 2018

PELAWAT YANG TIDAK DIUNDANG (SAMBUNGAN)

Salam hormat,


Penulisan sebelum ini yelah menceritakan sedikit sebanyak jenis tanaman yang dimakan atau dirosakkan oleh tapir. Episod serangan tapir ini berlangsung kira-kira dalam sebulan. Apabila daun keledek telah kehabisan, tapir mengalih perhatiannya kepada beberapa tanaman lain. Selepas keledek, saya perhatikan tapir juga memakan pucuk dan daun nangka, bagi kes ini pucuk nangka madu. Kebetulan ada sebatang sahaja pokok nangka madu, tapir menarik pucuk nangka sehingga patah pokok nangka. Lihat gambar berikut.





Sambil ia berpusing-pusing di dalam kebun saya, ia juga kelihatan memakan pucuk rambai. Oleh kerana tarikan yang kuat, dahan rambai tersebut sekah. Saya perhatikan pucuk yang dimakan tidaklah semua seperti yang saya tunjukkan di bawah.






Saya perhatikan juga tapir ini amat menyukai daun assystasia intrusa. Ada ketikanya berturut-turut ia mengulangi kawasan dan memakan assystasia sehingga habis. Saya tidak pula merakam kelompok assystasia yang habis di makan.

Itulah diantara beberapa jenis tanaman dan rumpai yang digemari oleh tapir.


Sekian,


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)

No comments:

Post a Comment