Monday, January 29, 2018

PELAWAT YANG TIDAK DIUNDANG

Salam hormat,

Menetap di kampung halaman ini banyak dugaannya. Dugaan ini pula dimbangi dengan banyak kelebihannya juga.


Di suatu pagi pada tahun lepas (2017), semasa saya hendak memulakan kerja-kerja mentainence kawasan kampung, saya perhatikan daun keledek yang mana keledek tersebut telah agak lama saya tanam, telah dimakan atau di kerat daunnya secara serata dan melibatkan hampir kesemua keledek yang telah saya tanam tersebut.



Gambar 1: Tanaman keledek yang dirosakkan


Saya perhatikan juga beberapa pucuk ubi juga turut terlibat. Lama sudah saya tingal dikampung, inilah kali pertama saya menyaksikan keadaan ini. Lama juga saya memikirkannya.


Gambar 2: Pucuk keledek yang dimakan Tapier


Gambar 3: Pucuk ubi yang dimakan Tapier


Saya terus membuat pemantauan di sebeah malam untuk beberapa malam. Apabila saya terdengar sahaja pagar dirempuh, yang ada lapikan zink, setelah beberapa minit, saya keluar rumah membuat pemerhatian. Biasanya bunyi yang kedengaran sebegitu ialah rempuhan babi hutan. Apabila tersuluh kelibat seekor binatang yang agak besar, “ehhhhh..ini bukan babi ni...” meremang bulu roma saya, maklumlah di tengah malam ketika itu. Saya suluh betul-betul...”haaaa Tapier rupanya”. Saya terus bergegas masuk ke dalam rumah untuk mengambil kamera, untuk merakamkan insiden tersebut.

Memula saya ingatkan Tapier ini seekor haiwan yang akan mengejar dan menyerang kita apabila kita cuba hampiri. Rupanya tidak. Saya terus memberanikan diri dalam usaha untuk mengambil gambar yang agak jelas dan terbaik. Berikut adalah gambar terdekat yang dapat saya rakamkan, untuk kita kongsi bersama.



Gambar 4: Tapier yang dimaksudkan


Perhatikan dalam gambar di atas, dibelakang Tapier, kelihatan sebahagaian daripada pagar keliling kawasan kampung saya. Ada bahagian yang dilapik dengan kepingan atap ardex dan ada yang zink.


Sekian dahulu dan akan disampung di halaman seterusnya...


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM., MAgrS)

No comments:

Post a Comment