Tuesday, January 23, 2018

CRANBERRIES KINI DI MALAYSIA?

Salam hormat,


Rakan saya pernah menyebut kata-kata seorang pelawat dari luar negara, yang satu ketika dahulu pernah berkunjung ke rumah beliau, “ how come you can grow it here?” Beliau merasa hairan bagaiman pokok cranberries ini boleh tumbuh, membesar dan berbuah di Malaysia, sedangkan ia adalah merupakan sejenis pokok yang tumbuh dan berasal dari Amerika Utara dan Kanada. Begitulah cerita asalnya dan saya terus membuat sedikit penelitian




Gambar 1: Pokok Cranberries Malaysia


dan berkongsi pengalaman mengenainya dengan anda semua.

Di negara Amerika buah cranberries ini terkenal dengan khasiat yang terkandung di dalmnya seperti berikut:-

1. Mengandungi antioksident yang tinggi,
2. Sumber bitamin A, C dan K yang tinggi,
3. Sebagai sumber Kalsium, Magnesium dan Potasium.




Gambar 2: Buah yang masak berwarna hitam


Oleh yang demikian pengamalan meminum jus buah ini mampu meningkatkan kekuatan sistem immunity tubuh, berupaya melawan beberapa jenis kanser, dan membantu menurunkan tekanan darah. Secara tradisi buah ini telah digunakan oleh penduduk asal amerika untuk merawat penyakit yang melibatkan saluran urinari (urinary tract infections).



Gambar 3: Buah muda berwarna putih ke kuningan



#cranberriesMalaysia



Sekian,



Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS).



2 comments:

  1. Assalamualaikum Dr.Azizol, bagaimana kalau saya nak menanam pokok Cranberry ni?? Tuan boleh jual dan tunjuk ajar macamana nak tanam>
    terima kasih

    ReplyDelete
  2. Itu bukan pokok buah samarinda ke? sebijik sama. Ada yg panggil buah asam kerandang. Nama org putih nya carrandas kalau x silap.

    ReplyDelete