Saturday, February 10, 2018

BUAH LETUP-LETUP

Salam hormat,

Bagi mereka yang tingal di desa-desa, buah letup-letup mungkin tidak asing lagi. Semasa kanak-kanak lagi ramai yang memakan buahnya yang masam-masam manis ini.



Physalis angulata


Nama botani buah letup-letup ini ialah Physalis angulata.

Di antara zat-zat bermunafaat yang terdaapat pada tanaman ini termasuklah,

  • Vitamin C ,  gula, polifenol dan steroid terletak (buah),
  • Palmitic acid (biji buah),
  • Flavonoid (daun),
  • Alkaloid (akar), dan
  • Chlorogenic acid (batang dan daun).


Mungkin tidak ramai juga diantara kita yang mengetahui bahawa tanaman ini amat berkesan untuk merawat penyakit stroke. Cara menggunakannya adalah seperti berikut:-

Cabut sepokok, basuh dan cuci bersama dengan akarnya sekali, batang, daun dan buah. Rebus kesemuanya dengan tiga gelas air sampai tingal satu gelas (anggaran). Amalkan meminum airnya sewaktu pagi dan petang selama tiga hari berturut-turut. 

In sha Allah, kesan stroke (lumpuh) akan beransur-ansur pulih. Menurut beberapa kenyataan lain yang boleh dipercayai, inilah ubat STROKE yang paling berkesan, dengan izin Allah.

Sekian


Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS)

No comments:

Post a Comment