Penulisan
sebelum ini yelah menceritakan sedikit sebanyak jenis tanaman yang
dimakan atau dirosakkan oleh tapir. Episod serangan tapir ini
berlangsung kira-kira dalam sebulan. Apabila daun keledek telah
kehabisan, tapir mengalih perhatiannya kepada beberapa tanaman lain.
Selepas keledek, saya perhatikan tapir juga memakan pucuk dan daun
nangka, bagi kes ini pucuk nangka madu. Kebetulan ada sebatang sahaja pokok nangka madu,
tapir menarik pucuk nangka sehingga patah pokok nangka. Lihat gambar
berikut.
Sambil
ia berpusing-pusing di dalam kebun saya, ia juga kelihatan memakan
pucuk rambai. Oleh kerana tarikan yang kuat, dahan rambai
tersebut sekah. Saya perhatikan pucuk yang dimakan tidaklah semua seperti yang saya tunjukkan di bawah.
Saya
perhatikan juga tapir ini amat menyukai daun assystasia intrusa. Ada
ketikanya berturut-turut ia mengulangi kawasan dan memakan assystasia
sehingga habis. Saya tidak pula merakam kelompok assystasia yang
habis di makan.
Itulah
diantara beberapa jenis tanaman dan rumpai yang digemari oleh tapir.
Sekian,
Dr
Azizol bin Mohd Sharun (DVM, MAgrS)
No comments:
Post a Comment