Salam
hormat,
Menetap
di kampung halaman ini banyak dugaannya. Dugaan ini pula dimbangi
dengan banyak kelebihannya juga.
Di
suatu pagi pada tahun lepas (2017), semasa saya hendak memulakan
kerja-kerja mentainence kawasan kampung, saya perhatikan daun
keledek yang mana keledek tersebut telah agak
lama saya tanam, telah dimakan atau di kerat daunnya secara serata
dan melibatkan hampir kesemua keledek yang telah saya tanam tersebut.
Gambar 1: Tanaman keledek yang dirosakkan
Saya
perhatikan juga beberapa pucuk ubi juga turut terlibat. Lama sudah
saya tingal dikampung, inilah kali pertama saya menyaksikan keadaan
ini. Lama juga saya memikirkannya.
Gambar 2: Pucuk keledek yang dimakan Tapier
Gambar 3: Pucuk ubi yang dimakan Tapier
Saya
terus membuat pemantauan di sebeah malam untuk beberapa malam.
Apabila saya terdengar sahaja pagar dirempuh, yang ada lapikan zink,
setelah beberapa minit, saya keluar rumah membuat pemerhatian.
Biasanya bunyi yang kedengaran sebegitu ialah rempuhan babi hutan. Apabila
tersuluh kelibat seekor binatang yang agak besar, “ehhhhh..ini
bukan babi ni...” meremang bulu roma saya, maklumlah di tengah
malam ketika itu. Saya suluh betul-betul...”haaaa Tapier rupanya”.
Saya terus bergegas masuk ke dalam rumah untuk mengambil kamera,
untuk merakamkan insiden tersebut.
Memula
saya ingatkan Tapier ini seekor haiwan yang akan mengejar dan
menyerang kita apabila kita cuba hampiri. Rupanya tidak. Saya terus
memberanikan diri dalam usaha untuk mengambil gambar yang agak jelas
dan terbaik. Berikut adalah gambar terdekat yang dapat saya rakamkan,
untuk kita kongsi bersama.
Gambar 4: Tapier yang dimaksudkan
Perhatikan
dalam gambar di atas, dibelakang Tapier, kelihatan sebahagaian
daripada pagar keliling kawasan kampung saya. Ada bahagian yang
dilapik dengan kepingan atap ardex dan ada yang zink.
Sekian
dahulu dan akan disampung di halaman seterusnya...
Dr
Azizol bin Mohd Sharun (DVM., MAgrS)
No comments:
Post a Comment