Salam
hormat,
Saya
berkesempatan melawat premis Agropolitan Lepar pada 27.02.18. Saya
telah diberikan taklimat ringkas oleh Tuan Pengurus Projek, iaitu
Tuan Hj Yusof. Lawatan ke beberapa kandang kambing juga dibuat.
Terima Kasih di atas kesempatan yang telah diberikan kepada saya.
Daripada
lawatan ringkas ini, saya perhatikan projek ini boleh menambah satu
lagi punca pendapatan dengan melaksanakan satu projek
Agropelancungan. Berikut adalah asas kepada cadangan berkenaan:-
-
Terdapat anak-anak kambing dopper yang sehat dan cantik,
-
Kegiatan memotong bulu kambing adalah sebahagian daripada aktiviti routine di ladang,
-
Pelancungan dalaman yang senantiasa berlaku, khususnya di musim cuti sekolah.
-
Tapak dan bangunan telah sedia ada, di sebelah kiri jalan masuk ke Agropolitan Lepar. Kedudukan tapak yang strategik, bersebelahan jalan utama Muadzam ke Kuantan dan ke Lebuh Raya Pantai Timur.
-
Penggunaan Face Book yang meluas di kalangan penduduk Malaysia.
Tuan Pengurus dan kakitangan
Konsep
pamiran di dalam aktiviti agro-pelancungan ini adalah mirip kompleks pelancungan di N Zealand, yang di
pangil Agrodome. Semasa pelanwat/pelancung datang turut dipamir dan
dipertontonkan di Agrodome ialah:-
-
Memotong bulu bebiri,
-
Pamiran pelbagai baka bebiri yang ada di N Zealand,
-
Produk hiliran, berasaskan bebiri.
Agrodome N Zealand
Demonstrasi memotong bulu bebiri
Konsep
petting zoo, seperti yang dijalankan oleh Chok Chai Farm Thailand
turut di masukan bagi menambah sumber pendapatan dan mengurangkan kos
makanan ternakan yang terlibat dengan pamiran ini. Satu dewan
taklimat, berkapasity 50 pelawat pada satu-satu sessi, sesuai di
adakan juga di sini bagi menayangkan video kegiatan Agropolitan
Lepar, peternakan kambing doper dan kegiatan hiliran peserta di Agropolitan Lepar.
Kanak-kanak memberikan bebiri makan
Di
peringkat terhadapan sesuai aktiviti untuk pelawat ditambah. Satu
daripada aktiviti yang dimaksudkan ialah booth menembak patung
kambing doper yang digerakkan dari kanan ke kiri dengan menggunakan
air rifel. Aktivivti ini boleh menambah minat pengunjung sambil
menambah punca pendapatan. Mungkin juga berpatutan di adakan restoren
yang menghidangkan Dopper Steak, Satay daging kambing dopper dan
ice-cream yang mengandungi susu kambing tempatan.
Sukan menembak patung kambing doper
Gambaran gerai cenderahati
Bagi
Agropolitan Lepar, saya mencadangkan beberapa perkara perlu di buat
bagi melaksanakan kegiantan ini. Berikut hanyalah cadangan kasar dan memerlukan satu kertas lengkap, jika pihak pengurusan hendak melaksanakannya:-
-
Sata kandang khusus untuk kambing yang terlibat dengan pamiran. Bagi mengelak dan mengawal penyakit, setelah tempoh kaming-kambing ini digunakan tamat, kambing-kambing akan terus di jual/disembelih. Kambing-kambing akan di ganti dengan yang baharu.
-
Mewujudkan dewan pamiran (modifikasi yang sedia ada) bertempat duduk untuk para lelawat, serta satu kandang untuk sessi bergambar dengan anak-anak doper.
-
Mewujudkan gerai produk hiliran dpd kambing dooper (sumber tempatan dan impot).
-
Bahan makanan kambing, misalnya silage yang dibungkus dengan baik, untuk dibeli oleh pelawat dan akan diberikan kepada anak-anak doper dan untuk sessi bergambar. Ini termasuklah menyediakan lain-lain bentuk makanan yang sesuai, misalnya beberapa helai daun Napier yang diikat rapi.
Semua
kambing yang akan dipamirkan misti berkeadaan sihat, bersih dan berbau
harum. Mungkin satu kaedah dicari untuk memastikan bulu kambing doper
yang dipamirkan berwarna putih dan hitam yang bersih.
Buat
permulaan, satu program perasmian serta publisiti yang meluas perlu
di buat. Saya cadangkan di satu hari pada masa cuti sekolah. Jika
mendapat sambutan, ia sesuai di jalankan di setiap musim sekolah
bercuti dan juga di lain-lain hari yang sesuai termasuklah hari
kemerdekaan negara kita.
Sumber
pendapatan aktiviti ialah:-
-
Jualan air minuman dlm tin,
-
Sewaan kios menjual makanan dll,
-
Jualan produk hiliran dopper dan survenier,
-
Jualan bahan makanan kambing,
-
Tiket masuk.
Sekian,
Dr Azizol bin Mohd Sharun (DVM.,MAgrS)
No comments:
Post a Comment